Pengalaman dan pembacaan dari sebuah novel telah memberi inspirasi untukku dan mengajarku untuk berfikir sejenak.....inspirasi ini sebenarnya datang dari Allah s.w.t. aku bersyukur kerana di saat ini aku mempunyai idea untukku kongsi bersama teman-teman.
Saudariku,
Artikel ini kutulis dengan rasa kasih dihati,
Renungkanlah isinya,
Hayatilah maknanya, aplikasi ilmunya dan sematkanlah di dalam kalbumu selamanya. jadikanlah pesanan ini sebagai azimat dalam meneruskan perjuangan dan imipian kita bersama untuk muncul sebagai serikandi yang mempertahankan agama Allah ...insyaAllah....
Saudariku,
Alangkah sukanya kedua ibu bapa sekiranya kita seperti mawar inspirasi setiap mujahid,
Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan bertaqwa kepada Allah,
Hiasilah wajahmu dengan titisan wuduk,
Sesuatu yang tertutup lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Umpama sebutir permata yang dipamerkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup..
Sudah pasti keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah..
Wanita solehah yang taat dan patuh kepada Allah dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam.
Namun, ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi
kerana ia bercangah dengan nafsu serakah yang bersarang dengan dalam dirimu,
Lebih-lebih dengan title gadis yang kita miliki,
Sudah pasti darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada ,
Namuan ingatlah wahai diriku dan sahabatku,
Sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu, yang penting.......kita mesti mempunyai azam, usaha dan istiqamah
Saudariku,
Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi,
Itulah fitrah semulajadi setiap insani,
Namun ramai di antara kita tewas kerana cinta,
Bercinta tidak salah tetapi memuja cinta itu salah,
Kerana cinta,
Manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai.
Benarlah sabda Rasulullah s.a.w
"Sesungguhnya cinta itu buta, cinta mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara hak dan batil apabila engkau meletakakn cintamu berdasarkan nafsu dan tidak berlandaskan kepada agama Allah semata-mata"
Diakhir kata-kata ini, marilah kita renungkan sedikit kata dari ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiyah....
"Cintakan manusia tidak akan mewujudkan kebahagian abadi untuk seseorang insan, kerana ia tidak kekal. cintakan manusia seringkali membuatkan insan itu gagal, kecewa dan menderita dan terseksa.....Oleh itu, tidak ada satu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali CINTA KEPADA PECINTA MANUSIA ITU SENDIRI.....
No comments:
Post a Comment