JIKA SESEORANG HAMBA ALLAH S.W.T TIDAK LAGI MUDAH MENANGIS KERANA TAKUT DENGAN KEKUASAAN ALLAH,JUSTERU MENAGISLAH KERANA KETIDAKSEMPURNAAN ITU...
Friday, December 31, 2010
Thursday, December 30, 2010
OH NUR AINAA SYUHADA .......
Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar saudara dan saudari sekalian?. semoga kita semua berada di bawah jagaannya selalu.... petang ini rasa pening sebab banyak kerja. tapi Balqis cuba menulis juga sebab teringat kat anak buah kat rumahlah :-)
Balqis ada 9 anak saudara di mana 2 puteri dan 7 putera..... semua cute-cute. yang paling kecil berumur 1 tahun setengah. tapi petang ini Balqis nak cerita bagaimana cuti semester vs cuti sekolah..
Alhamdulilah, pada cuti semester baru ini, salah seorang anak saudara Balqis iaitu Nur Ainaa Syuhada telah datang dengan gembiranya di rumah nenek (ibuku)... Balqis sendiri pelik kenapa anak-anak saudara Balqis akan ikut je kemana Balqis pergi...Sedangkan dengan kakak Balqis ( cik uda ) anak-anak saudara ni tak nak duduk pun. Pelik bukan ???????
hari pertama si Ainaa berada di rumah, Balqis ajak dia masuk dapur.... Biasalah kanak-kanak ni perlu diajar. Balqis cuba mengujinya dengan menyuruh potong bawang, tumbuk bawang dan basuh pinggang. nampak lah dia sedikit kekok tapi bila lama-lama ada perubahan. Jenis Balqis tidak suka kepada bersepah-sepah atau tidak kemas tidak kira sama ada buku atau kain baju.... di sini Balqis mengajar anak-anak saudara Balqis simpan balik barang di ambil ke tempat asal setelah bermain... dan perkataan yang paling patang Balqis degar dari kanak-kanak adalah "tunggu sekejap nanti akan buat mak su". Sebab Balqis tahu anak saudara Balqis tak akan buat kerja tuuuu.....
TapI, Balqis suka dengan Aina ni sebab dia petah berkata. sesiapa yang datang ke rumah Balqis terutama kawan-kawan Balqis, si Ainaa ni banyak cakap. Ada je dia nak tanya soalan......
sudah semestinya, Balqis suka sangat soal sifir kepada si Aina ni... sebab Balqis tahu dia lemah matametik.. selagi tak ingat selagi tu Balqis suruh hafal... memang betul2 dera..hehehehehe...
pantang msg atau telefon berbunyi dia lah orang pertama yang akan angkat phone.. Balqis selalu bergaduh dengan dia atau berebut dengan nya kalau telefon berbunyi....cam kanak-kanak pula rasa.....
pada suatu hari dia tanya kepada Balqis """mak su tak ada pak we ke?"
dah mula lah tu pertanyaan yang bukan-bukan....
ish, kecil2 dah pandai budak sekarang, entah apa yang di masuknye pak we...........
percaya atau tidak, Si Ainaa ni hampir sama dengan tinggi dengan Balqis...uis, baru dajah empat..... rupa-rupa Balqis rasa rendah bila duk sebelah dia...pastu mula cari selipar yang tinggi bila nak berjalan bersamanya...
kadang-kadang, bila Balqis merajuk dengannya..Balqis mula tak bercakap..... tapi dia pandai memujuk.....
ainaa, mak su rindu kat aina lah.........
Saturday, December 25, 2010
KERANA SAYUR BELIMBING BULOH
Assalamualaikum w.b.t
Mesti kawan-kawan tertanya-tanyakan bagaimana bentuk dan bentuk buah belimbing buloh ni???? Jom kita lihat gambarnya terlebih dahulu...
Pokok Belimbing Buluh atau dikenali juga sebagai Belimbing asam ialah sejenis buah-buahan yang berasal daripada Malaysia dan Indonesia. Buah belimbing ini berbentuk kecil dan empat segi panjang, dan jarang dimakan segar kerana rasanya terlalu masam. Buah yang hampir masak biasanya digunakan sebagai penyedap rasa, atau sebagai ramuan sambal yang menjadi pencecah untuk sayuran tradisional, serta masakan seperti ikan kari asam pedas dan udang lemak kuning. Buah belimbing buluh dapat menghilangkan rasa hanyir, terutamanya ikan-ikan air tawar. Oleh itu, buah ini sering digunakan dalam masakan orang Melayu.
Jus buah ini berkesan untuk melegakan penyakit darah tinggi, kencing manis dan pitam. Selain itu ia juga berkesan untuk melicinkan kulit muka serta mengatasi masalah jerawat dan merawat sakit gigi. Bagi mereka yang menghidapi batuk yang berterusan, adalah dinasihati merebus buah ini dan minum air rebusan ini setiap pagi dan petang.
Maklumat di atas di ambil dari wikipedia.
Cuti sem kali ini, nenek Balqis kurang sihat kerana dia menghidapi kencing manis dan demam.. Jadi selera makannya pun berkurangan. Puas sudah Balqis paksa nenek Balqis makan nasi tapi alasan diberi tiada selera nak makan..
Setiap hari mesti sakit kepala nak masak lauk pauk ni... Alhamdulilah, satu hari Balqis dikurniakan satu idea untuk masak lemak belimbing buluh... Di sini Balqis ingin berkongsi resepinya...
Bahan-bahannya:-
Belimbing buluh
Kapur masakan
Santan
Bawang besar
lada besar
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Cara-caranya:-
1. Basuhkan belimbing buloh tersebut. Selepas itu, lenyekkan buah belimbing tersebut sampai airnya keluar. Jangan biarkan buah itu hancur bila dilenyek sebab nanti tak best rasa masa masak.
2. Setelah selesai, rendamkan belimbing yang sudah dilenyek tadi selama beberapa minit bersama air kapur masakan. Hal ini untuk kurangkan masam pada buah tersebut..
3. 15 minit kemudian, perahkan buah belimbing untuk keluarkan air yang berlebihan.
4. Selepas itu, masukan santan ke dalam periuk..
5. Panaskannya sehingga mendidih, masukkan bawang, belimbing, garam, gula, lada besar..
6. biarkan sehinga pekat dan angkatlah......
Simple bukan resepi ini...rasanya agak masam,manis dan masim.. best bila makan bersama sambal...
Selepas masak, Balqis hantar lauk ini ke rumah nenek. Alhamdulilah, rasa gembira sangat bila tiba-tiba nenek Balqis makan nasi banyak sangat hari tu.... ;-)
BELAJAR MEMASAK
Assalamualaikum w.b.t
Lama sudah tak buka blog ni...biasalah bila balik ke rumah, tidak sempat nak menulis di blog. Alhamdulilah, cuti semester kali ini sangat menyeronokan kerana banyak ilmu dan pengalaman yang boleh di pelajari. Biasanya, bila cuti semester bermula akan Balqis isi dengan pelbagai perkara. Salah satu daripadanya adalah memasak...Maklumlah, bila digelar pelajar salah sebuah Universiti tempatan kemahiran memasak mula berkurangan sebab asyik tengok buku je. Tambahan lagi kehidupan di asrama menyukarkan itu semua.
Pada satu hari, Balqis mengidam nak makan kuih belimbing. Sudah 4 tahun tidak rasa kuih ini.....Balqis cuba mencari resepi bonda Balqis...tak jumpa, entah hilang ke mana buku resepi tu..Rasa geram sangat, nak jerit sekuat hati jer masa tu....Alhamdulilah, akhirnya Balqis jumpa juga buku tu..........
Bila dah jumpa, Balqis pun terus sediakan bahan.........start lah buat.....Time goreng kuih ni..keras jadinya...sedih lah.. ;-( ....
Balqis tak putus asa, Balqis tanya pada mak Balqis kenapa keras kuih ni??????...
"Ada panas tak tepung bersama majerin kat atas kuali" mak Balqis tanya kepada Balqis...
Dengan serta merta Balqis jawab "Tak!!"
Emmmmm, patut tak jadi kuih.....
Balqis minta mak Balqis ajarkan cara buat kuih ini... Alhamdulilah, akan Balqis ingat selama-lamalah sebab dah tahu mana silapnya....
Alhamdulilah, dengan pertolongan mak Balqis.. Balqis berjaya buat kuih ini.. thank mum...
Gambar di bawah ni adalah hasilnya...
Subscribe to:
Posts (Atom)