Assalamualaikum w.b.t
Mesti kawan-kawan tertanya-tanyakan bagaimana bentuk dan bentuk buah belimbing buloh ni???? Jom kita lihat gambarnya terlebih dahulu...
Pokok Belimbing Buluh atau dikenali juga sebagai Belimbing asam ialah sejenis buah-buahan yang berasal daripada Malaysia dan Indonesia. Buah belimbing ini berbentuk kecil dan empat segi panjang, dan jarang dimakan segar kerana rasanya terlalu masam. Buah yang hampir masak biasanya digunakan sebagai penyedap rasa, atau sebagai ramuan sambal yang menjadi pencecah untuk sayuran tradisional, serta masakan seperti ikan kari asam pedas dan udang lemak kuning. Buah belimbing buluh dapat menghilangkan rasa hanyir, terutamanya ikan-ikan air tawar. Oleh itu, buah ini sering digunakan dalam masakan orang Melayu.
Jus buah ini berkesan untuk melegakan penyakit darah tinggi, kencing manis dan pitam. Selain itu ia juga berkesan untuk melicinkan kulit muka serta mengatasi masalah jerawat dan merawat sakit gigi. Bagi mereka yang menghidapi batuk yang berterusan, adalah dinasihati merebus buah ini dan minum air rebusan ini setiap pagi dan petang.
Maklumat di atas di ambil dari wikipedia.
Cuti sem kali ini, nenek Balqis kurang sihat kerana dia menghidapi kencing manis dan demam.. Jadi selera makannya pun berkurangan. Puas sudah Balqis paksa nenek Balqis makan nasi tapi alasan diberi tiada selera nak makan..
Setiap hari mesti sakit kepala nak masak lauk pauk ni... Alhamdulilah, satu hari Balqis dikurniakan satu idea untuk masak lemak belimbing buluh... Di sini Balqis ingin berkongsi resepinya...
Bahan-bahannya:-
Belimbing buluh
Kapur masakan
Santan
Bawang besar
lada besar
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Cara-caranya:-
1. Basuhkan belimbing buloh tersebut. Selepas itu, lenyekkan buah belimbing tersebut sampai airnya keluar. Jangan biarkan buah itu hancur bila dilenyek sebab nanti tak best rasa masa masak.
2. Setelah selesai, rendamkan belimbing yang sudah dilenyek tadi selama beberapa minit bersama air kapur masakan. Hal ini untuk kurangkan masam pada buah tersebut..
3. 15 minit kemudian, perahkan buah belimbing untuk keluarkan air yang berlebihan.
4. Selepas itu, masukan santan ke dalam periuk..
5. Panaskannya sehingga mendidih, masukkan bawang, belimbing, garam, gula, lada besar..
6. biarkan sehinga pekat dan angkatlah......
Simple bukan resepi ini...rasanya agak masam,manis dan masim.. best bila makan bersama sambal...
Selepas masak, Balqis hantar lauk ini ke rumah nenek. Alhamdulilah, rasa gembira sangat bila tiba-tiba nenek Balqis makan nasi banyak sangat hari tu.... ;-)
No comments:
Post a Comment