Saturday, December 25, 2010

BELAJAR MEMASAK

Assalamualaikum w.b.t
Lama sudah tak buka blog ni...biasalah bila balik ke rumah, tidak sempat nak menulis di blog. Alhamdulilah, cuti semester kali ini sangat menyeronokan kerana banyak ilmu dan pengalaman yang boleh di pelajari. Biasanya, bila cuti semester bermula akan Balqis isi dengan pelbagai perkara. Salah satu daripadanya adalah memasak...Maklumlah, bila digelar pelajar salah sebuah Universiti tempatan kemahiran memasak mula berkurangan sebab asyik tengok buku je. Tambahan lagi kehidupan di asrama menyukarkan itu semua.

Pada satu hari, Balqis mengidam nak makan kuih belimbing. Sudah 4 tahun tidak rasa kuih ini.....Balqis cuba mencari resepi bonda Balqis...tak jumpa, entah hilang ke mana buku resepi tu..Rasa geram sangat, nak jerit sekuat hati jer masa tu....Alhamdulilah, akhirnya Balqis jumpa juga buku tu..........

Bila dah jumpa, Balqis pun terus sediakan bahan.........start lah buat.....Time goreng kuih ni..keras jadinya...sedih lah.. ;-( ....
Balqis tak putus asa, Balqis tanya pada mak Balqis kenapa keras kuih ni??????...
"Ada panas tak tepung bersama majerin kat atas kuali" mak Balqis tanya kepada Balqis...
Dengan serta merta Balqis jawab "Tak!!"
Emmmmm, patut tak jadi kuih.....

Balqis minta mak Balqis ajarkan cara buat kuih ini... Alhamdulilah, akan Balqis ingat selama-lamalah sebab dah tahu mana silapnya....

Alhamdulilah, dengan pertolongan mak Balqis.. Balqis berjaya buat kuih ini.. thank mum...

Gambar di bawah ni adalah hasilnya...








No comments:

Post a Comment