Tuesday, August 16, 2011

PULUT SAMBAL

Masakan adalah satu hobi bagi saya. Ibu saya merupakan chef yang paling profesional dan kalau boleh saya sendiri ingin menjadi seperti ibu. Setiap orang yang merasakan masakan ibu, pasti mereka cakap sedap dan minta resepi darinya. Bagusnya kalau saya pandai masak seperti ibu saya, tapi saya tak putus asa dan terus didik oleh ibu dalam dunia masakan. Bilalah saya nak semahir ibu!!!!.

Resepi kali ini adalah pulut bersambal ikan ataupun dikenali sebagai pulut serunding ikan. Bagaimana cara nak membuatnya???. Jom di bawah ini saya beritahu bahan dan cara untuk menyediakannya.



Bahan-bahannya

Kelapa - diparut
Ikan selayang
Halba
Bawang merah - ditumbuk
Lada hitam - ditumbuk
Halia - ditumbuk
Garam
Gula

Pulut
Air

Cara-caranya buat sambal ikan

1. Rebus ikan selayang dan setelah masak, ambil isinya dan tumbuk.
2. Setelah itu, gaulkan kesemua bahan di dalam besen.
3. Ambil kuali dan masukan sesemua....Goreng sampai kekuningan..

Cara-cara masak pulut

1. Basuh beras pulut dan masukkan air.. pastu masak lah.. mudah dan senang kan
2. setelah masak..buatlah bentuk bulat-bulat dan gaul sekali bersama sambal.. siap untuk dimakan..

KALAU BELI 3 = RM 1
KALAU BUAT SEDAP, BERKHASIAT DAN RAMAI YANG BOLEH MAKAN
SELAMAT MENCUBA

ANIZA IBRAHIM

RESEPI REMPAH IKAN BAKAR IBUKU



Bahan-bahan

Ikan ( mengikut citarasa masing-masing)
Halia - di mesin
Bawang merah - di mesin
Lengkuas - di mesin
Serai - di mesin
Lada mesin
Air asam jawa
Gula
Garam
Minyak
Limau nipis
Daun pisang

Cara-caranya membuat rempah

1. Panaskan minyak, kemudian masukkan lada mesin. Tumis sehingga garing.
2. Selepas itu masukkan bahan yang telah di mesin ke dalam kuali sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan air asam jawa, gula, garam sehingga cukup rasa.
4. Tumis sehingga masak.

Cara membuat ikan bakar berempah

1. Panaskan kuali, letakkan sedikit minyak
2. Letakkan daun pisang ke dalam kuali tadi sehingga layu. kemudian letakkan ikan
3. Siram atau letakkan rempah yang di buat tadi ke atas ikan. Tutup ikan tersebut dengan penutup periuk. Untuk memastikan stim memasakkan isi ikan.
4. Lihat dan balik ikan sekali sekala.
5. Lepas angkat, perahkan air asam limau dan siap dimakan. 

KALAU BELI  IKAN BAKAR DALAM RM5+++
KALAU BUAT SENDIRI SAVE DUIT SIKIT DAN DAPAT BANYAK.
FIKIR SENDIRI DAN SELAMAT MENCUBA.

ANIZA IBRAHIM

Monday, August 15, 2011

ROTI + ORGAN MANUSIA

Roti merupakan salah satu sumber karbohidrat yang penting untuk manusia. Di negara-negara barat khususnya, roti merupakan makanan ruji pada setiap hari. Badan kita memerlukan karbohidrat untuk menjana tenaga dalam melakukan aktiviti-aktiviti harian.Kekurangan karbohidrat boleh menyebabkan seseorang itu rasa lemah ataupun tidak bertenaga, manakala pengambilan secara berlebihan pula akan menyebabkan obesiti.

Hampir semua orang pernah menjadikan roti sebagai makanan mereka. Namun, setiap roti yang anda makan pasti mempunyai rasa dan bentuk yang berbeza bukan???. Sekiranya anda dijamu dengan roti yang sangat-sangat berbeza dari yang lain, mungkinkah anda menjamah roti ini.  Saya akan menunjukkan beberapa gambar yang saya dapat dari pencarian goggle tentang roti yang berbeza bentuk dari yang lain. Saya rasa sudah pasti anda menrasakan aneh, geli atau teruja sekiranya melihat gambar ini.



Organ manusia ke nie....??


Macam kaki dah gangrene kan???


Daging ke roti ke??.Hampir tertukar.

Errr.....wekssss...gelinya melihat gambar ini. Inilah penilian saya buat pertama kali melihat gambar ini. Rasa seram pun ada juga tau. Ha....gambar di atas ni sebenarnya gambar roti yang berorgan manusia. Kalau kawan-kawan kan, sanggup ke nak makan ni???..Er..kalau saya lah...baik berlapar daripada makan..

Melalui pembacaan saya ramai yang cakap roti ni sedap..ye ke tidak??saya tidak tahu..saya tak pernah makan.hahaha..kalau nak rasa try sendiri lah yer. Boleh oder online..Harga untuk set lengkap organ manusia ni mencecah RM500..tapi harga terbaru saya tak sure lah..takut-takut lah dah naik, sebab barang semua naik. 

Sebenarnya roti ini telah direka khas oleh seorang pakar bakeri yang bernama Kittiwat Unarrom yang berasal dari Thailand. Lebih mengejutkan roti ini sebenarnya telah memecah GUINESS BOOK OF RECORD pada tahun 2006 lalu.

NOTA NI UNTUK SIAPA ??? JENG JENG JENG ....

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tiada di sisi kita..betul tak???tepuk dada tanya diri sendiri ok..Pernah tak kita fikir, mengapa Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telingga untuk mendengar, tapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati kepada kita?. kerana Tuhan telah memberi sekeping lagi hati pada seseorang yang kita mencarinya. itulah cinta....
 
 
 
Jangan pernah sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih ingin mencuba dan jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan yang kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
 
Cinta itu datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka masih dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya walaupun dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang berkeyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan sesekali kamu menyimpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu di pusaranya, sebaliknya ucapkanlah kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatanya.
 
MUNGKIN TUHAN MENGINGGINKAN KITA BERTEMU DAN BERCINTA DENGAN ORANG YANG SALAH SEBELUM BERTEMU DENGAN ORANG YANG TEPAT, KITA HARUS MENGERTI BAGAIMANA BERTERIMAKASIH ATAS KURNIAAN TERSEBUT.
 
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sihat, penjara menjadi taman, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.
 
Sebenarnya sungguh  menyakitkan jika mencintai seseorang yang tidak pernah mencintaimu, tetapi lebih sakit adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah bertemu dengan seseorang yang sangat bererti dalam hidup ini, hanya untuk menemukan bahawa akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkan ia pergi.
 
 
 
Kadang-kadang kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu dengan sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi.
 
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi jika kamu benar-benar mencintainya.
 
Sesiapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seseorang pun padai menilai cinta kerana cinta bukanlah satu objek yang bisa dilihat sebaliknya cinta dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.Bercinta memang mudah untuk dicintai juga memang mudah tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar atau payah.
 
pesanan: saya tulis nota ini saja2..tiada kena dengan diri sesiapa pun tau..saje suka2..

Sunday, August 14, 2011

BIARLAH RAHSIA

Ungkapan cinta itu sangat indah, malah hadirnya dalam diri kadang-kadang tidak diundang. Bak kata Ayatul Husna dalam cerita ketika cinta bertasbih...

CINTA adalah KEKUATAN yang mampu
mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah malang jadi untung,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah setan jadi nabi,
mengubah iblis jadi malaikat,
mengubah sakit jadi sehat,
mengubah kikir jadi dermawan,
mengubah kandang jadi taman,
mengubah penjara jadi istana,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah CINTA !!!


Sebenarnya cinta yang hadir itu adalah suci, tapi sejauh mana kita menjaga cinta kepada pasangan itu terserahlah kepada individu tersebut.

Bila dah dewasa ini, ramai yang tertanya kepada diri kita siapakah orang yang kita cintai atau kita minati.?? Kadang-kadang kita hanya mampu tersenyum. Senyuman ini juga membawa banyak maksud yang tak bisa diberitahu kepada sesiapa. Hanya hati yang tahu.

Bagi saya, bila para sahabat atau keluarga menanyakan soalan siapakah di hati saya.? Biarlah ia rahsia. Saya belum sedia menerima atau membuat keputusan untuk masa depan, kerana saya masih belum siap sedia untuk menjadi isteri ataupun kekasih.

 Memang indah jika dicintai, tapi yang tak indah itu penungguan. Ramai yang mengeluarkan ungkapan ini. Tapi berbeza bagi saya, penungguan itu sememangnya menyeksakan, tapi ketahui tersimpan seribu rahsia di sebalik penungguan itu. Masa menunggu itulah kita dapat berubah ke arah yang lebih baik. Hidup ini memang tak dapat lari dari kesilapan, tapi tak salah untuk menjadi yang lebih baik.

Kadang-kadang saya melihat, wah bahagianya pasangan itu dapat disayangi dan dicintai, tapi bila saya fikir-fikir balik....kan lebih indah jika bercinta selepas khawin. Sebenarnya cinta selepas khwin itu adalah sebenar-benar cinta. Di sini, kita baru dapat mengenali sifat atau peragai pasangan kita yang sebetul-betulnya. Pesanan: berhati-hatilah dalam menilai sifat pasangan sebelum kahwin kerana di saat ini individu tersebut tidak lagi menujukkan peragai yang sebenar-benarnya. :-)..saya pun dapat pesanan ini dari seorang sahabat.

Usahlah bersedih apabila melihat orang lain berseronok, bahagia di alam percintaaan, tapi bersyukurlah dengan apa yang kita ada kerana Allah ingin menguji tahap kesabaran kita dalam tempoh penungguan itu. Di saat ini teruskanlah berdoa agar Tuhan memberikan kita jodoh yang terbaik untuk kita. Allah maha Mendengar rintihan hamba-hambanya.
Sajak dibawah ini khas untuk diri ini..



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Ya Allah,
Seandainya telah Kau catatkan..
Dia milikku tercipta buatku..
Maka satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagian antara kami..
Agar kebahagian itu kekal abadi..

Ya Allah ya Tuhan yang Maha Mengasihani..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini..
Ketepian yang sejahtera dan abadi..
Maka jodohkanlah kami..



Tapi Ya Allah,
Seandainya telah kau takdirkan..
Dia bukan milikku..
Bawalah dia jauh dari pandanganku..
Luputkanlah dia dari ingatanku..
Dan peliharakanlah aku dari kekecewaan..

Ya Rab..
Berilah aku kekuatan..
Menolak bayangannya jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja nan merah..
Agar aku sentiasa tenang..
Walaupn tanpa bersama dengannya..

Ya Allah,
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu..
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
adalah yang terbaik untukku..
Sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui..
Segala yang terbaik untuk hambaMu ini..

Cukup Engkau sahaja yang memeliharaku..
di dunia mahupun di akhirat..
dengarlah rintihan dari hambamu yang dhaif ini..

Jagan Engkau tinggalkan aku sendirian..
di dunia mahupun di akhirat..
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..

Maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman..
agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup..
ke jalan yang Engkau redai..
dan kurniakanlah aku keturunan yang soleh dan solehah
amin...

 

MASIHKAH ADA KESEMPATAN ...

Persahabatan itu indah jika disirami dengan keikhlasan dan kasih sayang kerana Allah s.w.t. Diri ini rasa sangat bersyukur kerana dikurniakan beberapa orang sahabat yang sentiasa berada di samping diri ini ketika senang mahupun susah...

Pejam celik..pejam celik..rupa-rupanya sudah 8 tahun sudah kita bersahabat. Banyaknya dugaan dan cubaan yang kita hadapi bersama. Tapi semua itu awak hadapi dengan tabah, manakala saya hampir-hampir tersungkur kerana saya tidak sekuat awak. Saya kagum dengan awak kerana awak kuat melawan semua itu, malahan awak mula mengajak saya untuk berdiri kembali.

Kalau saya buat salah atau terpesong dari matlamat hidup. Awak mula menasihati saya dengan cara yang tersendiri. Kalau awak yang tersalah, saya mula mengingatkan kembali matlamat-matlamat awak.

Awak tidak pernah mengambil kesempatan atas kesenangan ataupun kesusahan saya, malahan awak turut memberi senyuman ketika saya senang dan bersama saya ketika saya kesusahan. Bila awak susah, saya pun susah sebab awak sahabat saya. Kalau awak senang, saya turut bergembira atas kesenangan awak itu.

Saya tukang masak awak, awak pula driver saya. Saya pelajar awak, awak cikgu matametik saya. Saya nurse awak. awak pula engineer saya. Saya tahu menagis, awaklah raja lawak saya. Awak panggil saya kurus, saya pula panggil awak debok saya..hahaha..jangan marah, no war ok...

Semalam, malam yang indah bagi kita kerana kita dapat bertemu lagi. Kita gelak,ketawa dan bercerita sama-sama. Tapi di sudut hati saya, saya sedih. Sedih kerana saya tak tahu masihkah ada kesempatan kita untuk bergembira seperti semalam.


Wednesday, August 3, 2011

TANGISAN ITU!!!



Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan . Nyaring berkumandang menyaring segala suara yang menyapa telinga ibu. Lonjak hatinya memuncak gembira penawar sakit dan lesu. Lalu bermulalah sebuah kehidupan yang mewarnai bumi berpenakan hati, berdakwatkan air mata.
Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan yang menyempit perasaan , menyesak kehidupan. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan. Namun setitis air mata kerana takutkan ALLAH persis permata indahnya gemerlapan. Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak dukacitanya di dunia.

Tidak berkumpul dua perkara dalam satu masa. Barangsiapa gembira di dunia akan berdukacita di akhirat. Barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia akan gembira di akhirat.

Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang.

Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang Abid.
Alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan.
Dari mata yang mengitai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan.

“Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang.”(al- Hasr: 20)

Tangis adalah basahan hidup,justeru ; Hidup dimulakan dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan tangis. Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sama ada yang membawa untung atau merugikan.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Ada dua titisan yang ALLAH cintai,pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH.”


Nabi Muhammad bersabda lagi : ”Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali.”
 Oleh itu berhati-hatilah dalam tangisan,kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.

Nabi bersabda :
 “Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih,lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.”
 Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulamak dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.
 Nabi Muhammad bersabda :
“Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.”
Seorang Hukama pernah bersyair :
“Aku hairan dan pelik,melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan. “
Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal,takut- takut tidak diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan. Lupakah kita Nabi pernah bersabda : ”Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa,akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis.”
Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut riak, kedukaan menjemput duka. Namun,Allah s.a.w. telah berfirman :
” Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (AL BAQARAH : 216)


Bukankah Nabi pernah bersabda: “Neraka dipagari nikmat,syurga dipagari bala.”
Menangislah wahai diri,agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dipuak kanan atau dipuak kiri.Di sana,lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat.

Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata:
“Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu.”
Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya :
“Kenapa engkau menangis?”
“Aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar berperang,”jawabnya .
Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup, lalu berkata :
“Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu.”
Ibnu Masud r.a.berkata :
“Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur,dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al Quran itu tenang,lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah.
Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur :
“Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami,kubur di hadapan kami,kiamat itu janjian kami,neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH.”

Menangislah di sini,sebelum menangis di sana


CINTA ITU ADALAH FITRAH



Cinta seorang lelaki kepada wanita dan cinta wanita kepada lelaki adalah perasaan yang manusiawi yang bersumberkan dari fitrah yang diciptakan Allah SWT di dalam jiwa manusia , iaitu kecenderungan kepada lawan jenisnya ketika telah mencapai kematangan fikiran dan fizikalnya.
“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri , supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya , dan dijadikan-Nya diantara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar- benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (QS Ar Rum : 21)
Cinta pada dasarnya adalah bukanlah sesuatu yang kotor , kerana kekotoran dan kesuciannya bergantung kepada kita. Jika kita mengarah cinta itu kepada kebaikan, maka terbitlah cinta yang suci dan halal. Jika kita mengarahkan cinta kita berlandaskan hawa nafsu semata – mata, maka terbitlah cinta  yang kotor dan haram.

Cinta mengandungi segala makna kasih sayang , keharmonian , penghargaan dan kerinduan , disamping mengandungi persiapan untuk menempuh kehidupan dikala suka dan duka, lapang dan sempit.
Cinta bukanlah hanya sebuah tarikan luaran sahaja.

Tarikan secara luaran hanyalah permulaan cinta, bukan puncaknya.
Dan sudah fitrah manusia untuk menyukai keindahan.
Tetapi disamping keindahan bentuk dan rupa harus disertai keindahan keperibadian dengan akhlak yang baik.

Islam adalah agama fitrah. Kerana itulah Islam tidaklah membelenggu perasaan manusia.
Islam tidak mengingkari perasaan cinta yang tumbuh pada diri seorang manusia .
Akan tetapi Islam mengajarkan pada manusia untuk menjaga perasaan cinta itu, dirawat dan dilindungi dari segala kehinaan dan apa saja yang mengotorinya.

Islam membersihkan dan mengarahkan perasaan cinta. Islam mengajarkan bahawa sebelum dilaksanakan akad nikah, kita harus bersih dari persentuhan dan perkara – perkara lain yang haram.
Jadi, kenapa ada sesetengah dari kita mahu menghalang perasaan cinta?
Cinta itu hendaklah dikawal, Bukan Dihalang. Kerana Cinta adalah Fitrah

KISAH CINTA POHON EPAL



Suatu ketika, hiduplah sebatang pohon epal besar dan kanak-kanak lelaki yang suka bermain-main di bawah pohon epal itu setiap hari.
Kanak-kanak itu suka memanjatnya hingga ke pucuk pohon, memakan buahnya, tidur dibawah keteduhan rendang daun-daunnya.
Kanak-kanak lelaki itu sangat sayangkan pohon epal itu.
Demikian juga pohon epal sangat sayang kepada kanak-kanak kecil itu.


Waktu terus berlalu.
Kanak-kanak lelaki itu kini telah dewasa dan tidak lagi bermain-main dengan pohon epal  itu setiap hari, seperti kebiasaannya.


Suatu hari dia mendatangi pohon epal itu.
Wajahnya nampak sedih.
“Mari ke sini bermain-main lagi denganku” kata pohon epal itu.
Aku bukan anak kecil yang bermain-main dengan pohon lagi” jawab kanak-kanak lelaki itu.
“Aku ingin sekali memiliki mainan, tetapi aku tiada wang untuk membelinya.”

Pohon epal itu menyahut, “Erm, maaf aku pun tiada wang.. Tetapi kamu boleh mengambil semua buahku dan menjualnya. Kamu boleh mendapatkan wang untuk membeli mainan idamanmu” . Kanak-kanak lelaki itu sangat gembira. Dia memetik semua buah epal yang ada di pohon dan pergi dengan penuh suka cita.
Namun, setelah itu kanak-kanak lelaki itu tak pernah datang lagi. Pohon epal itu kembali sedih.

Suatu hari kanak-kanak lelaki itu datang lagi.

Pohon epal sangat gembira melihatnya datang.
“Mari bermain-main denganku lagi” kata pohon epal.
“Aku tiada waktu” jawab kanak-kanak lelaki itu.
“Aku harus bekerja untuk keluargaku. Kami memerlukan rumah untuk tempat tinggal. Mahukah kau menolongku?”
“Maaf aku pun tidak memiliki rumah. Tetapi kamu boleh menebang semua dahan rantingku untuk membina rumahmu” kata pohon epal itu.
Kemudian anak lelaki itu menebang semua dahan dan ranting pohon epal itu dan pergi dengan gembira.
Pohon epal  itu juga merasa bahagia melihat anak lelaki itu gembira. Tetapi anak lelaki itu tak pernah kembali lagi.

Pohon epal itu sekali lagi merasa kesepian dan sedih.

Pada suatu musim panas, anak lelaki itu datang lagi.
Pohon epal merasa sangat gembira menyambutnya.
“Jom bermain-main lagi denganku” kata pohon epal.
“Aku sedih” kata anak lelaki itu.
“Aku sudah tua dan ingin hidup tenang. Aku ingin pergi bersiar-siar dan berlayar. Mahukah kamu memberikan aku sebuah kapal?”
“Maaf aku tidak mempunyai kapal, tetapi kamu boleh memotong batang tubuhku dan menggunakannya untuk membuat kapal yang kau mahu. Pergilah berlayar dan bersenang-senanglah “
Kemudian, anak lelaki itu memotong batang pohon epal itu dan membuat kapal yang diidamkannya.
Dia pun pergi berlayar dan tidak pernah lagi datang menemui pohon epal itu.

Akhirnya, anak lelaki itu kembali  setelah bertahun-tahun kemudian.
“Maaf anakku” kata pohon epal itu.
“Aku sudah tidak memiliki buah epal lagi untukmu.”
“Tak apa. Aku pun sudah tidak memiliki gigi untuk mengigit buah epalmu” jawab anak lelaki itu.
Aku juga tidak memiliki batang dan dahan yang boleh kau panjat” kata pohon epal.
“Sekarang, aku sudah terlalu tua untuk itu semua”  jawab anak lelaki itu.
“Aku benar-benar tidak memiliki apa-apa lagi yang dapat aku berikan padamu. Yang tinggal hanyalah akar-akarku yang sudah tua dan sekerat ini” kata pohon epal itu sambil menitikkan air mata.
“Aku tidak memerlukan apa-apa lagi sekarang” kata anak lelaki itu.
“Aku hanya memerlukan tempat untuk berehat. Aku sangat penat setelah sekian lama meninggalkanmu”
“Oooh, bagus sekali. Tahukah kamu, akar-akar pohon tua adalah tempat terbaik untuk berbaring dan beristirehat. Mari, marilah berbaring di pelukan akar-akarku dan berehatlah dengan tenang.”

Anak lelaki itu berbaring di pelukan akar-akar pohon.
Pohon epal itu sangat gembira dan tersenyum sambil menitiskan air matanya.



Apa yang dapat kita ambil dari cerita tersebut adalah ini adalah tentang cerita kita semua
Pohon epal itu adalah ibu bapa kita.
Ketika kita muda, kita senang bermain-main dengan ayah dan ibu kita.
Ketika kita semakin besar, kita meninggalkan mereka (seperti sekolah yang jauh dan universiti), dan hanya datang ketika kita memerlukan sesuatu atau dalam kesulitan.

Tidak peduli apa-apa pun, ibubapa kita akan selalu ada untuk memberikan apa yang dapat mereka berikan untuk membuat kita bahagia.
Kita mungkin berfikir bahawa anak lelaki itu telah bertindak sangat kasar terhadap pohon itu,
Tetapi kadangkala tanpa kita sedari begitulah sikap kita terhadap orang tua kita.

Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.
Orang inilah, rela melakukan apa sahaja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.
Sekarang, lihatlah ayah dan ibu anda  ketika sedang tidur. Bagaimana jika saat kita jauh tidak disampingnya, kita tak dapat lagi melihatnya kerana mereka sudah tidur untuk selamanya.
Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat
Betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan mereka ini untuk kebahagiaan anda.
Cintailah mereka kita, dengan sebenar-benarnya cinta
Ucapkan pada ibubapa kita sekarang, betapa kita mencintainya; dan berterima kasih atas seluruh hidup yang telah dan akan diberikannya pada kita.
Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok hari mereka “orang-orang dikasihi itu” tidak lagi membuka matanya, selamanya..

Aduhai ayah, ibu… terima kasih engkaulah pelita dalam hatiku..
Ya Allah Ya Ghaffar
Tak kuasa lagi aku merangkai kata ini…
Dan hanya permohonan dari lubuk hatiku yang penuh noda dan dosa dengan rahmatMu yang meliputi segala sesuatu Kasihanilah aku dan kedua orang tuaku…
Demi RahmatMu yang mendahului murkaMu, daku bermohon, ampunilah dosa kedua orang tuaku
Duhai Zat yang selalu mendengarkan jeritan inilah daku yang merendahkan diri dihadapanMu. 
Amin

Saturday, June 18, 2011

~ SANTAPAN ROHANI UNTUK KAUM ADAM ~

Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah,
Masih mencari walau ada segalanya,
Apa yang tiada dalam syurga??
Namun adam tetap rindukan hawa..

Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok,
Untuk diluruskan oleh lelaki,
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayangan yang lurus,



Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah,
Didiklah mereka dengan panduan darinya,
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nanti mereka semakin liar,
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka semakin derita,
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal,
Disitulah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu,
Hati serapuh kaca, kuatkan ia dengan iman..
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak

Suburkan ia kerana dari situlah nantinya..
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab,
Bisikan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan,
Ia bukan diskriminasi Allah,
Sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya,
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan,
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus,
Bahkan akan semakin membengkok,
Itulah hakikatnya anda wanita tidak kenal Rabbnya,



Bila wanita menjadi derhaka,
PAsti dunia lelaki akan menjadi huru-hara,
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata,
Tapi binalah kepimpinan,
Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri kepadanya,
Jinakkan diri kepada Allah,
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu,
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahara'
Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah.

Thursday, May 12, 2011

~ SALAD AYAM ~



BAHAN-BAHAN:

200gm isi ayam - direbus
2 batang seleri
2 helai daun limau purut - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
5 biji cili padi - dihiris
2 batang serai - dihiris
1 sudu makan pes tomyam
1/2 sudu teh lada sulah
garam dan gula secuku rasa

CARA-CARANYA:

1. Rebus ayam sehingga masak. Setelah itu, tos dan ketepikan seketika.
2. Gaulkan kesemua bahan hirisan serta pes tomyam bersama-sama dan masukkan isi ayam yang direbus tadi. Gaulkan sehingga sebati.
3. Masukan lada sulah, garam dan gula secukupnya.
4. Siap dihidang.

Tuesday, February 15, 2011

TERIMA KASIH

Alhamdulilah, ku bersyukur kerana dilahirkan sebagai anak bongsu. Walaupun umurku dengan akak / abangku jauh berbeza, tapi banyak yang ku boleh pelajari..... Mereka banyak membantuku dalam pelajaran sehinggalah ku berjaya. Thanx along, angah, acik dan kak uda...

Selain ahli keluargaku dan saudara-maraku yang sentiasa menyokongku ada dua orang yang sangat istimewa bagiku. Merekalah role model untukku terus belajar dan belajar sehingga berjaya. Merekalah sahabatku, guruku, dan penasihatku..

                                                      


Perkenalan bermula apabila ibuku bertugas di KUSZA. Ramai pelajar yang mengenalinya. Orang tuaku suka tetemu bertandang ke rumah. Hari minggu pasti ada pelajar yang datang ke rumahku. Setiap kali ada tetamu, ku mula melarikan diri ke dalam bilik. Hal ini disebabkan aku malu. terlalu malu!!. Ketika itu, aku masih kanak-kanak lagi. Tapi aku sudah mengerti maksud malu....

Entah bagaimana, aku boleh rapat dengan salah seorang pelajar tersebut. Bermula di saat itu dialah yang menjadi guruku takala ku ada masalah dalam pelajaran. Aku merupakan salah seorang kanak-kanak yang kuat bermain dan malas untuk belajar ketika itu. Selain ibuku memberi nasihat, dialah akan memberi pesanan kepadaku.

Suatu hari, dia menyuruhku berfikir sejenak...... Dia mula menyedarkanku dari buian mimpi. Aku mula bangkit. Dia sentiasa memantauku dalam pelajaran. Alhamdulilah, sepanjang ku dibawah didikannya, aku mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Ku bersyukur bertemu dengannya. Sebelum ku belajar, mesti dia akan mendengar dan memperbetulkan bacaan ayat suci Al-Quran yang ku alunkan. Ku merindui saat itu....

Selain itu, dialah menjadi penasihatku dalam bab-bab agama. Bermula saat itu ku sangat tertarik dalam bab agama dan impianku adalah untuk melanjutkan pelajaran di SMA... Tapi kerana sebab-sebab tertentu impianku hanya jadi kenangan..

Setelah hampir dua tahun dia mendidiku, dia mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajiaan di Mesir dalam bidang Usuluddin. Bermula saat itu, ku mula hilang seorang guru yang banyak membantuku dalam pelajaran. Terima kasih untuknya, walaupun masih berada jauh di perantauan tapi dia sangat mengambil berat tentang pelajaranku. Dia akan membuat panggilan kepada keluargaku untuk mendapatkan perkembangan tentangku dalam pelajaran. Thanx a lot untuk perhatian sebegitu.

Selepas pemergiannya ke Mesir, hidupku dihadiri dengan seorang lagi cikgu dan role model bagiku. Di saat itu, aku berada di tingkatan 3 dan si dia berada di tinggatan 5. Dia menjadi guru matametik bagiku. Setiap petang selepas waktu persekolahan, aku dan beberapa orang lagi sahabat bersengkang mata untuk mempelajari matametik darinya. Dia merupakan pelajar cemerlang di sekolahku. Sebut je namanya pasti semua orang mengenalinya.



Kepetahan dan sifat peramahnya membuatkan dia mudah disenangi oleh rakan-rakanku. Kami (ku dan dia) saling bertanding dalam pelajaran. Walaupun dia ambil SPM ketika itu, ku cuba berlumba-lumba untuk mencatatkan keputusan yang cemerlang. Dia tidak kurangnya mengambil berat tentang pelajaranku. Setiap malam dia cuba mendapatkan "feedback" tentang apa yang ku pelajari di sekolah pada siang hari. Pada hari minggu dengan pengawasan familyku, dia datang ke rumah ku untuk buat latihan soalan sama-sama. Kadang-kadang ku rasa malas untuk belajar..hehe...

Alhamdulilah, akhirnya ku mencatat keputusan cemerlang dalam PMR dan SPM.

Sehingga kini mereka berdua menjaga ku seperti adiknya sendiri dan cuba membantuku dalam pelajaran. Ku pernah terjatuh dalam pelajaran tapi disebabkan nasihat dari ahli keluargaku dan mereka berdua membuatkan ku semakin kuat.



Thanx kepada F..... dan H.....

Kehadiran kamu berdua sangat bermakna bagiku.. Terima kasih kerana menjagaku dari pelbagai aspek dan nasihatmu kan ku sentiasa ingat. Tak lupa juga thanx kat familyku yang banyak memberi sokongan dan thanx mak sebab sentiasa menemani saya buat kerja sekolah dan assigment sekarang ni...

from : Adik
to     : F dan H

Friday, February 4, 2011

~SURAT INI UNTUKMU~




Akakku,
Ku tulis surat ini adalah untukmu. Segala teguranku untukmu kerana ku meyayangimu....

Akakku,
Betul kata ibu itu,
Perkataan kahwin itu mudah disebut,
Tapi bila termenterainya sebuah ikatan,
Tanggungjawab itu berat tergalas si bahu,
Mula-mula bergelar isteri, ibu dan sebagainya,

Jadi,
Bukan mudah sekarang ini,
Untuk mencari teman hidup yang betul-betul elok peragainya,

Akak,
Ku rasa teguran ibu semalam itu betul,

Akak,
Ku harap .... kau fikirlah masak-masak,
Sebelum membuat keputusan,
Akak hidup bukan sehari dua bersamanya,
Tapi untuk selamanya,

Akak,
Walaupun umurku jauh berbeza darimu,
Tapi tegur ini khas untukmu kerana ku sayang padamu.
Ku ingin kau selalu bahagia .....








Monday, January 31, 2011

KU TANYA SENDIRIAN

Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar kawan-kawan?. Ana berharap semua sihat walafiat dan sentiasa berada di bawah naungan Allah s.w.t. Kawan-kawan kita sedar tak bahawasanya Allah sentiasa ingat dan mengawasi kita setiap waktu dan saat. Tak kira di mana kita berada dan duduk. Tapi, kita.....adakah sentiasa menginggatinya?. Tanyalah diri sendiri dan renunglah buat sementara waktu siapa diri kita yang sebenarnya.....

Kehidupan kita ini ibarat sebuah roda yang sentiasa berputar dan berpusing. Adakala kita jatuh dan adakala kita bangun dengan sendirinya. Memang fitrah manusia. Allah akan sentiasa menguji setiap hambanya... Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 155

"Dan kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang bersabar".

Jadi memang sesuai dengan kehidupan kita, ujian yang melanda itu datangnya dari Allah dan sudah pasti Allah tahu hikmah di sebalik ujian yang dia berikan kepada hambanya. Allah akan memberi ujian itu kepada orang yang berhak sahaja.

Dahulu, ana tertanya pada diri sendiri kenapa,kenapa dan kenapa ujian itu hadir dalam diri ana. Sekarang ana dah temui jalan dan jawapannya...



KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; ‘Kami telah beriman,’ (‘I am full of faith to Allah’) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.’
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
‘Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.’
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
‘Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ‘
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
‘Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.’
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
‘Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). ‘

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
‘Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk’
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
‘Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu ‘ min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
‘Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. ‘
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
‘… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.’
- Surah Yusuf ayat 12



p/s: ku hadihkan nukilan ini kepada diriku sendiri kerana kadang-kadang tersasar juga pemikiran negative dalam diri.....tapi kucuba untuk positifkan diri kembali selepas itu..