Monday, January 31, 2011

KU TANYA SENDIRIAN

Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar kawan-kawan?. Ana berharap semua sihat walafiat dan sentiasa berada di bawah naungan Allah s.w.t. Kawan-kawan kita sedar tak bahawasanya Allah sentiasa ingat dan mengawasi kita setiap waktu dan saat. Tak kira di mana kita berada dan duduk. Tapi, kita.....adakah sentiasa menginggatinya?. Tanyalah diri sendiri dan renunglah buat sementara waktu siapa diri kita yang sebenarnya.....

Kehidupan kita ini ibarat sebuah roda yang sentiasa berputar dan berpusing. Adakala kita jatuh dan adakala kita bangun dengan sendirinya. Memang fitrah manusia. Allah akan sentiasa menguji setiap hambanya... Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 155

"Dan kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang bersabar".

Jadi memang sesuai dengan kehidupan kita, ujian yang melanda itu datangnya dari Allah dan sudah pasti Allah tahu hikmah di sebalik ujian yang dia berikan kepada hambanya. Allah akan memberi ujian itu kepada orang yang berhak sahaja.

Dahulu, ana tertanya pada diri sendiri kenapa,kenapa dan kenapa ujian itu hadir dalam diri ana. Sekarang ana dah temui jalan dan jawapannya...



KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; ‘Kami telah beriman,’ (‘I am full of faith to Allah’) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.’
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
‘Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.’
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
‘Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ‘
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
‘Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.’
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
‘Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). ‘

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
‘Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk’
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
‘Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu ‘ min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
‘Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. ‘
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
‘… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.’
- Surah Yusuf ayat 12



p/s: ku hadihkan nukilan ini kepada diriku sendiri kerana kadang-kadang tersasar juga pemikiran negative dalam diri.....tapi kucuba untuk positifkan diri kembali selepas itu..

Saturday, January 29, 2011

::::::::::DIRIMU SANGAT BERHARGA:::::::::

Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar kepada kawan-kawan sekalian. Semoga sihat sejahtera.. Semoga berada di bawah naungan-Nya selalu....

Wanita, dirimu sungguh berharga sebenarnya... Terimalah sajak ini dan sama-samalah kita renungi maksud disebaliknya....



Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya ,
Kemanisan wanita solehah ,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu ,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu ,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah ,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang
menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta
pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran ,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu ,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana
kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada .
Serta berusaha demi keluarga ,bangsa dan agama.

Salam perjuangan untuk sahabatku ,
Wanita solehah.

"Wanita hiasan dunia ,Seindah hiasan adalah wanita solehah"

Friday, January 28, 2011

MENGAMBIL IKTIBAR DARI KEHIDUPAN SEMUT......



"Jit-Jit semut siapa sakit naik atas, jit-jit semut siapa sakit naik atas"
Kawan-kawan sekalian, pernah tak main jit-jit semut masa kecil dulu... Pasti pernahkan. Di sini ana ingin berkongsi cerita dan ambillah pengajaran dari cerita ini. Sama-samalah kita berfikiir sejenak yer...

"Satu daripada iktibar yang paling berharga yang terdapat dalam kehidupan haiwan ialah kehidupan serangga yang bernama semut. Semut akan selalu berusaha secara berulang-ulang dan terus-menerus, sehingga ia berhasil mencapai matlamat yang diinginkan. Ia merangkak di sebuah pokok, lalu jatuh kemudian bangun lagi dan berusaha untuk merangkak lagi ke atas pokok, lalu terjatuh lagi. Begitu terjadi berulang-ulang, namun ia tetap terus berusaha sampai akhirnya ia berhasil naik ke atas pokok yang diinginkan dan mendapat apa yang dicari tanpa merasa letih dan bosan.

Jika jalan yang akan dilalui terhalang, maka ia akan berusaha melalui dari arah kanan dan kiri, namun jika ia tetap mendapat kesukaran untuk berjalan maju, maka ia akan berhenti sebentar, kemudian kembali lagi dengan tenaga yang jauh lebih kuat berbanding yang pertama. Mungkin ia akan menjauhi jalan pertamanya yang sukar kerana ada beberapa rintangan, namun ia akan tetap kembali berjalan menuju ke arah yang sama dengan mencari jalan lain, sehingga ia sampai di tempat tujuan.

Haiwan semut mempunyai kekuatan yang luar biasa dalam mewujudkan tekadnya untuk meraih apa yang diinginkan, ia tidak pernah mempunyai rasa bosan dan putus asa. Sehingga semut adalah haiwan yang dijadikan contoh teladan di dalam hal bercita-cita dan bertekad kuat yang tidak mengenal kata putus asa.
Ada satu cerita, suatu ketika ada seorang Arab Badui pergi kerana sesuatu keperluan, ketika ia merasa sangat letih, penat dan merasa putus asa, maka ia terduduk dan berfikir untuk kembali lagi. Kemudian ia melihat seekor semut yang merangkak naik ke atas batu besar, namun semut tersebut jatuh, kemudian merangkak lagi dan jatuh lagi. Hal ini terjadi berkali-kali, namun si semut tetap mencuba dan berusaha, sehingga akhirnya ia berhasil sampai ke atas batu besar tersebut.
Melihat pemandangan tersebut, orang Arab Badui tersebut berkata dalam hati: “Saya seharusnya lebih patut untuk bersabar dan berusaha keras daripada semut tersebut.” Lalu ia pun melanjutkan perjalanannya kembali, sehingga akhirnya ia pun dapat sampai ke tempat tujuan yang diinginkan, dan ia berkata:

“Cari dan raih, jangan pernah berkeluh-kesah dan bosan dari usaha meraih apa yang kamu inginkan. Kerana penyakit orang yang ingin mencari dan meraih sesuatu adalah rasa bosan.”
“Tidakkah kamu lihat tali yang tidak seberapa panjang, namun dapat mengalahkan sebuah batu yang keras?”

Sesungguhnya di dalam kehidupan semut terdapat pengajaran dan teladan bagi orang-orang yang berakal, iaitu kecekalan, kesabaran, tekad kuat, sikap pantang menyerah dan berusaha tanpa mengenal kata letih dan bosan. Semut terkenal mempunyai sikap cerdik yang luar biasa dalam usahanya mendapatkan apa yang diinginkan.

Seorang yang pernah menulis dan meneliti tentang kehidupan semut mengatakan bahawa semut mengumpulkan makanannya dari musim panas hingga musim sejuk. Kerana semut tidak banyak keluar pada musim sejuk, maka ia menyimpan makanan musim sejuk dan hanya dimakan ketika benar-benar telah tiba masanya. Dan agar biji-bijian yang ia simpan tidak tumbuh di dalam tempat penyimpanan, maka dengan izin dan kuasa Allah SWT (Zat Yang telah memberikan kepada setiap sesuatu bentuk kejadiannya kemudian memberi bekalnya dengan sesuatu yang dapat dijadikan untuk mencari penghidupan), si semut membelah biji tersebut dari tengah agar tidak tumbuh.

Jika jalan yang dilalui oleh semut terhalang oleh genangan air yang tidak dapat ia lalui, maka ia bersama kawan-kawannya saling bekerjasama membuat semacam jambatan. Jika semut-semut yang lain sudah menyeberang, maka semut-semut yang membentuk semacam jambatan tersebut merapat ke tepi. Maha Suci Zat Yang telah memberikan kepada setiap sesuatu bentuk kejadiannya, kemudian memberi bekal kepadanya dengan akal, instink (naluri) dan bakat semulajadi untuk melanjutkan kehidupannya masing-masing!

Jika seekor semut menemukan sepotong daging atau kaki belalang, namun ia tidak kuat untuk membawa sendiri, maka ia akan pulang ke rumah semut dan memanggil kawan-kawannya yang lain untuk bersama-sama membawa makanan yang ditemukan tersebut.
Semut mempunyai sifat cekal dan kesabaran luar biasa yang dapat menjadi pengajaran bagi orang yang ingin meraih kejayaan. Bahkan seandainya anda meletakkan sebuah batu di tengah-tengah jalan yang digunakan untuk dilalui oleh kawanan semut, maka mereka akan terhenti, namun tidak akan mundur dan berbalik arah ke belakang lagi. Akan tetapi ia akan tetap menunggu atau berusaha menaiki batu yang anda letakkan tersebut atau berusaha melalui celah-celah yang ada di kanan dan kiri batu atau mencari jalan alternatif lain yang menghala ke arah dan tujuan yang sama, mereka tidak mengenal kata berundur ke belakang dan kembali ke tempat sebelumnya.”

Justeru dalam perjuangan, jangan sesekali berundur jika diyakini jalan yang ditempuh adalah jalan yang benar, mulia dan hakiki. Jika ada peluang, gunakanlah peluang.. Jika tiada peluang, ciptalah peluang!!. InsyaAllah anda akan berjaya.

p/s:- sama-samalah kita berfikir sejenak dan nilailah diri kita untuk terus berjaya.


SEINDAH MAWAR BERDURI

Assalamualaikum w.b.t
Segala puji bagi Tuhan yang menciptakan segalanya dan selawat dan salam untuk Rasulullah s.a.w. Alhamdulilah kerana di hari yang mulia ini, ku dibangkitkan dengan perasaan yang tenang dan ceria. Subahanallah, cantik sungguh ciptaan-Mu dan merdunya kicauan burung di pagi hari. Ya Allah, sekiranya hamba ini telalai, ampunkanlah segala dosaku. Ku ingin mencintai-Mu sepenuh hati dan jiwaku....

Ya Allah, cantiknya bunga-bunga di taman terutama bunga ros. Mekarnya menarik perhatian kumbang, tapi kerana duri yang Engkau ciptakan pada bunga itu, kumbang-kumbang susah untuk mendekati bunga itu. Sebenarnya setiap kejadian yang Allah ciptakan di bumi ini ada kaitan dengan hamba yang bernama manusia. Orang-orang yang beriman sahaja akan berfikir sebalik kejadian yang Allah ciptakan ini.



Bila disebutkan bunga mawar kita sudah bayangkan baunya yang harum, kelopak bunganya yang cantik dan durinya yang tajam...Kalau diberikan kepada wanita mungkin dia akan menyukainya. Lantaran itu, bunga mawar atau ros ini boleh dikaitan dengan diri wanita sebenarnya.

Sesunguhnya kejadian wanita sangat indah.. Tercipta dari tulang lelaki bergelar Adam yang bengkok berdekatan dengan hati untuk dilindungi dan disayangi.Bukan diciptakan di kepala untuk dijunjungi bahkan dipuja. Bukan juga diciptakan di kaki untuk dipijak atau dijadikan hamba seraya.  

Lantaran keindahan ciptaanmu itu, kita umpama sekutum bunga yang harum aromanya, bisa menarik kumbang untuk mendekatimu.

Renungkanlah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagar duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian, kilauan warnanya yang memancar penuh tarikan.
Namun, dek kerana pagaran duri yang berbisa, sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir bukan sekali bahkan berjuta kali sebelum mendekatinya.

Wanita sering diselaputi rasa malu, saya rasa bukan sahaja wanita tapi semua hamba bergelar manusia mempunyai perasaan malu ini. Tetapi, seandainya pakaian malu itu kau tinggalkan daripada selilit tubuh, dan perbatasan aurat kau dipandang sembarangan, jadilah kita hanya sekuntum bunga yang indah tetapi sayang tidak berduri.

Sesungguhnya utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu wahai bunga:-
“Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita”.

Adakah kita mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka?
Ingatlah bahawa ciri-ciri wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihatnya kecuali atas urusan yang diizinkan Wanita solehah itu tidak berbicara tentang lelaki malah lelaki tidak berbicara tentangnya.

Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Alangkah indahnya jika kita memelihara keindahan diri sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang dijanjikan Allah buatmu. Sesungguhnya wanita solehah pasti menjadi idaman setiap insan bernama ADAM!!!



“Allahu Allah, peganglah hati-hati kami kaum hawa yang lemah ini. Jangan mudah kami mengisi hati dengan cinta yang jelas bersuluh kepalsuannya. Tundukkan kami pada hanya yang kau taqdirkan layak buat kami. Andai tidak bisa bertemu di dunia fana ini, temukan kami di taman firdausimu. Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini biarlah bertapak cinta terhadapMu dahulu. Bentukkan kami menjadi yang solehah, agar bisa menjadi penghias syurgamu dan menjadi bidadari indah pelengkap lelaki soleh di taman syurga indahMu. Amin....”

p/s : Ku tulis ini  buat diri moga selamanya berduri, peringatan juga buat semua yang bergelar HAWA moga sentiasa memagari duri di sekelilingmu.

Thursday, January 27, 2011

PERMATA YANG DICARI .....

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi


Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini


Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu


Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu


 
Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu


BOLEHKAH AKU????

Assalamualaikum w.b.t
Ku mula fikir masa hadapan....Entah apa yang bakal terjadi, ku sendiri tak masti dengan hidup ini.... Adakala benda yang dirancang tidak menjadi. Ku pasrah kerana hanya Dia yang tahu semua itu...Ku tanya sendiri pada diri yang selalu alpa ini, bolehkah ku menjadi seorang isteri yang solehah untuk suamiku kelak. Bolehkah aku menjadi pembimbing dan ibu yang baik untuk anak-anak ku nanti. Ku sendiri tak pasti....



Ku juga tidak pasti, siapakah jodohku. Ahli keluarga asyik tanya padaku, bila ku akan berkahwin. Ku sedang menanti dan terus mencari....Tapi ku yakin jodohku telah ditentukan untukku tapi masa belum sesuai untukku....

Wednesday, January 26, 2011

PESANAN UNTUK DIRI SENDIRI DAN SAHABAT

pengalaman dan pembacaan dari sebuah novel talah memberi inspirasi UNTUKKU dan mengajarku untuk berfikir sejenak.....



saudariku,
artikel ini kutulis dengan rasa kasih dihati,
renungkanlah isinya,
hayatilah maknanya,aplikasi ilmunya dan sematkanlah di dalam kalbumu selamanya. jadikanlah pesanan ini sebagai azimat dalam meneruskan perjuangan dan imipian kita bersama untuk muncul sebagai serikandi yang mempertahankan agama Allah ...insyaAllah....

saudariku,
alangkah sukanya kedua ibu bapa sekiranya kita seperti mawar inspirasi setiap mujahid,
bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan bertaqwa kepada Allah,
hiasilah wajahmu dengan titisan wuduk,
sesuatu yang tertutup lebih berhaga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. umpama sebutir permata yang dipamerkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup..
sudah pasti keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah..



wanita solehah yang taat dan patuh kepada Allah dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam.
namun, ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi
kerana ia bercangah dengan nafsu serakah yang bersarang dengan dalam dirimu,
lebih-lebih dengan title gadis yang kita miliki,
sudah pasti darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada ,
namuan ingatlah wahai diriku dan sahabatku,
sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu, yang penting.......kita mesti mempunyai azam, usaha dan istiqamah

saudariku,
dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi,
itulah fitrah semulajadi setiap insani,
namun ramai di antara kita tewas kerana cinta,
bercinta tidak salah tatapi memuja cinta itu salah,
kerana cinta,
manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai.
benarlah sabda Rasulullah s.a.w
"sesungguhnya cinta itu buta, cinta mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara hak dan batil apabila engkau meletakakn cintamu berdasarkan nafsu dan tidak berlandaskan kepada agama Allah semata-mata"



diakhir kata-kata ini,marilah kita renungkan sedikit kata dari ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiyah....
"cintakan manusia tidak akan mewujudkan kebahagian abadi untuk seseorang insan, kerana ia tidak kekal. cintakan manusia seringkali membuatkan insan itu gagal, kecewa dan menderita dan terseksa.....oleh itu, tidak ada satu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali CINTA KEPADA PECINTA MANUSIA ITU SENDIRI.....

Wednesday, January 12, 2011

KHAS UNTUKMU BAKAL SUAMI ATAU ISTERI

Assalamualaikum w.b.t
Untuk bakal suami atau isteri, Balqis tulis nukilan ini khas untuk anda.
Entah lah kenapa idea datang mencurah-curah malam ni..Alhamdulilah, Ya Allah kerana beri idea sebegini...



Bukan harta yang ku tinta,
Bukan keturunan yang menjadi pilihan utama,
Bukan paras rupa yang kuidamkan,
Tapi kefasihan agama dan semangat juangmu dalam menegakkan Kalimatul Haq itu yang kudambakan,

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturuan kami sebagai penyenang hati  (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertaqwa" (Surah Al-Furqan ayat 74)

UNTUKMU KAUM ADAM

Assalamualaikum w.b.t
Adam,
Ku tulis coretan ini dengan rasa sayang kepadamu untuk menjadi pedampinganmu suatu hari nanti....



Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah hawa,temanmu yang kau pinta semasa kesunyian disyurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi,tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu. Sentiasa mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan.Adam,Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dikala akhir zaman ini. Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusannya,kerana andainya Allah mentakdirkan bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia ini dengan darah manusia. Kacau bilaulah suasana Adam sesama Adam bermusuh hanya kerana Hawa.Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil. Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya juga. Jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah Yang mengharuskan adam beristeri lebih dari satu tetapi tidak melebihi empat orang dalam satu masaAdam,Bukan kerana ramainya isterimu membimbangkan daku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu merunsingkanku. Tetapi aku risau,gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Sejak dahulu lagi telah kuketahui bahawa seharusnya aku tunduk tatkala telah menjadi isterimu. Patutlah terlalu berat lidahku berbicara untuk menyatakan isi hati ini. Namun sebagai hamba Allah, Aku sayang padamu. Adam, Sebagaimana didalam Al-Quran telah menyatakan yang engkau diberi kuasa terhadap wanita. Kau diberi amanah mendidikku. Kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku,memerhati dan mengawasiku agar redha Allah sentiasa menaungi. Tetapi Duhai Adam, lihatlah dunia kini.





 Adam,
Sebenarnya kaulah imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu-pengikutmu Kerana kaulah amir. Jika kau benar maka benarlah aku. Jika kau lalai,lalailah aku. Lupakah kau duhai Adam? Kau punya satu kelebihan anugerah Tuhan. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Dan aku, akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam,gunakanlah ketinggian akalmu untuk membimbingku. Pimpinlah tanganku kerana aku sering lupa dan lalai. Seringkali aku tergelincir ditolak,disorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbing dan bantulah aku dalam menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari TuhanMu agar duniaku sentiasa dijalan rahmah. Tiupkanlah roh jihad ke dalam dadaku agar aku mampu tetap menjadi mujahidah kekasih Allah.




 Andainya kau masih lali dengan kerenahmu sendiri. Masih segan mengikut langkah para sahabat baginda. Masih gentar mencegah mungkar. Maka kita tunggu dan lihatlah dunia ini akan hancur bila aku yang memerintah. Malulah engkau Adam. Malulah engkau pada dirimu sendiri.


POKOK SEMALU DAN WANITA !!

Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar saudara saudari sekalian. Semoga berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Hari ini, ana ingin menceritakan sebuah kisah yang berkaitan dengan diri wanita terutamanya. Apa yang saudara saudari faham tentang pokok semalu ni???Ish, boleh ke wanita ada kena dengan pokok semalu????...Mesti ada yang tertanya-tanyakan.................
Sebenarnya ................






Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan..Fatimah mengatakan kepada bapanya, apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.. Fatimah terkejut.. Rasulullah s.a.w menyambung kata-katanya lagi.. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek..


Pertama
 ~ Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh.. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya)..


Kedua
~ Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim..



Ketiga
~ Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi.. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah (Rabbul ‘Alamin)..
Keempat
~ Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja..




Sekian sahaja dari Balqis.

Saturday, January 8, 2011

KELEBIHAN SURAH AL-MULK

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:


"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."


Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:


1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."


2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."


3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."


4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."


5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.


6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."


7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."


8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."


9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."


10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."


11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."




12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."

Thursday, January 6, 2011

CINTA...KEPADA SIAPA HARUS DIDAHULUKAN????????

Assalamualaikum w.b.t
Topik yang ingin Balqis kupaskan hari ini adalah berkenaan dengan cinta. Mesti yang tertanya kenapa Balqis suka cakap tentang perasaan ini???.Gatalnya..Mesti ada yang mempunyai persepsi sebegini kan.. Sebenarnya tidak ada apa-apa, Balqis cuba ingin menulis dan berkongsi sedikit pengetahuan yang ada tentang cinta ini.....



Sebelum itu, Balqis nak tanya .... "Best ke bercinta ni??"
Mesti ada yang kata, bestlah sebab kemana saja saya pergi si dia mesti akan bersama. Makan bersama, pergi kelas bersama dan rasa bahagia sangat... Tapi ada sesetengah kata, tak best sebab si dia tu suka marah-marah, cemburu bila saya bercakap dengan orang lain dan sebagainya...Pelbagai persepi yang kita perolehi...


Sebernarnya, cinta merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta ini dapat mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.


Cinta yang hanya berpaksikan runtutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat melambangkan kedamaian, keamanan dan ketenangan.

Pernahkah kawan-kawan dengan perkataan "cinta monyet".?. Pasti pernah dengarkan dan ada yang pernah merasainya. Sebenarnya cinta itu suci, tapi orang yang membawa cinta itu salah. Maksud Balqis di sini, orang tersebut memuja cinta sehingga melupakan fitrah manusia sebenarnya. Apatah lagi cinta ini disulami dengan hawa nafsu. Balqis banyak sangat dengar masalah cinta dalam kalangan rakan-rakan. Bagi Balqis, cinta dan permasalahannya telah menjadi serius dalam kalangan kawan-kawan hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dan cinta palsu menyebabkan seseorang itu menghadapi dilema perasaan.



Kalau bagi Balqis, hidup "single" dari mencintai dan dicintai kaum adam sebelum masa yang sesuai membuatkan diri Balqis rasa tenang, bak burung yang terbang bebas di angkasa. Balqis pernah merasa perasaan cintai dan mencintai daripada kaum adam. Balqis rimas bila berada dalam status tu!!.Malah Balqis rasa bersalah dan malu dengan diri sendiri, kawan, keluarga dan apatalagi dengan Allah dan bakal suami..Rasa kalau boleh dibuang dari hidup Balqis tentang perkara dan sejarah tersebut. Nak je buang jauh-jauh...Tapi setiap orang mempunyai persepsi tersendiri. Ya Allah, minta dijauhkan cinta dari kaum adam sebelum tiba waktu yang sesuai untukku. Amin.....


Bagaimanapun, cinta ini terbahagi kepada peringkat-peringkatnya yang tersendiri antaranya :-
1. Cinta kepada Allah s.w.t
Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia, iaitu cinta kepada Allah. Tanpa cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti. Sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan mencintai Allah. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah serta menerbitkan iman yang mantap.

Firman Allah s.w.t:“... (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah : 165)

2. Cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan Para Anbia´
Ketika manusia berada di dalam kegelapan, maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah s.a.w.

Maka, menjadi satu kewajipan kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para anbia´ dengan mengikut segala sifat yang terpuji.

Kerana perasaan kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa dan menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah s.a.w dalam usaha Baginda untuk menyebarkan agama Islam.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ada disebut:

“Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” (Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901)

3. Cinta Sesama Mukmin
Perasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencintai ibu bapa dan keluarga. Selain daripada cinta kepada kedua-dua ibu bapa, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah s.a.w.

Maksud firman Allah s.w.t:
“... Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...” (Surah Al-Fath: 29)

Inilah yang telah diajar oleh Islam. Maka masyarakat sejagat, malah umat Islam sendiri dapat melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam dan begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya supaya tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.

Itulah cinta di dalam Islam. Ia haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Lalu akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ´syaitan cinta´ sewenangnya-wenangnya.

Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan merupakan cinta palsu walaupun dihiasi dengan rayuan manja kerana itu hanya panggilan ke lembah kebinasaan. Masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlaku dalam hidup dan tidak berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya.

Maka dalam meniti usia, remaja perlu berhati-hati dengan mainan perasaan walaupun merupakan perkara yang amat sukar dilakukan, apatah lagi semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam. Itulah azam kita untuk melawan nafsu dan alangkah malunya untuk kita tewas dan kita sendiri merelakan diri dibawa oleh arus yang menghancurkan.







Jangan jadikan diri kita sebagai hamba cinta yang hanya berlandaskan nafsu tanpa pertimbangan akal yang waras. Kita seharusnya mengawal perasaan cinta kerana jika terlalu obses terhadap seseorang, manusia biasanya akan hilang kawalan dan tidak dapat menerima hakikat kehilangan, lantas sanggup melakukan sesuatu yang buruk untuk melepaskan perasaan kecewa.

Balqis harap kawan-kawan faham sedikit sebanyak tentang cinta ini. Utamakanlah cinta kepada Allah s.w.t terlebih dahulu sebelum mencintai si dia. Balqis faham dalam usia sebeginilah banyak dugaan dan rasa sayang dan menyayangi mula timbul. Tapi pandai-pandailah jaga ye supaya berada atas landasan yang betul. Kalau belum sedia simpanlah terlebih dahulu. tapi kalau dah tak tertahan, usa-usalah dengan ahli keluarga atau orang tengah yang  boleh dipercayai.







Sampai di sini sahaja nukilan Balqis untuk kali ini....
Balqis, ingin minta maaf sekiranya nukilan Balqis ini ada yang membuatkan kawan-kawan terasa.. segala kebaikan datangnya dari Allah dan semua yang buruk itu datang dari diri Balqis sendiri..


sekian...

INDAHNYA DIRI MENJADI MAWAR BERDURI

Aromamu harum mewangi.. kelopakmu merah menawan.. namun berpagarkan duri.. demi mempertahan hakikat keindahan.. mekarlah dirimu di taman Islam..








Andai diriku dapat mencontohi sepenuhnya watak Khazinatul Asrar dalam novel seindah mawar berduri. Subahanallah, indahnya ku rasakan. Aku menagis kerana aku rindu saat di sekolah dahulu, sangat menjaga pergaulan . Rasa malu untuk bergaul dengan lelaki. Tiada mulut-mulut ingin mengata kepadaku.. Kini walaupun sifat itu masih berada di dalam diriku, tapi racun yang ku terima dari sahabat-sahabat. Ada yang mengatakan aku sombong!. malah ada yang ingin ambil kesempatan!..Aku sedih tapi apakah dayaku... Ku hanya insan biasa dan pasti sesuatu yang berlaku ada maksudnya tersendiri...


Sebenarnya bagiku, menjadi seorang muslimah sangat indah dan unik. Tiada rasa terbeban bagiku bila digelar muslimah walaupun banyak batas-batas yang perlu dijaganya. Setiap perlakuan mestilah dimulai dengan wujudnya perasaan malu!. Kerana malulah yang menjadi hiasan pakaian diri seseorang sebagai muslimah.


Kini bila ku berfikir kembali, ku ingin utamakan dahulu pandangan Allah terhadapku dan ku cuba untuk mengurangkan pandangan manusia terhadapku. Sudah ku mersakan, pandangan manusia tidak semua membawa kepada mulianya pandangan Allah. InsyaAllah, akan ku usahakan yang terbaik untuk diriku menjadi seindah mawar berduri.






“JADILAH SEKUNTUM BUNGA MAWAR YANG INDAH BERPAGARKAN DURI. JANGAN BIARKAN DIRIMU MENJADI SEBARANGAN BUNGA YANG TETAP JUGA INDAH TAPI SAYANG, TIDAK BERDURI. APABILA TIADA DURI, TIADA LAGI BENTENG YANG BOLEH MELINDUNGI KEINDAHAN SI BUNGA DARIPADA SEWENANG-WENANGNYA DIKHIANATI. LANTAS, TERCEMARLAH KEINDAHAN DAN MURAHLAH NILAINYA. DURI MAWAR ITULAH YANG DIIBARATKAN DENGAN PERBATASAN AURAT, AKHLAK DAN AL-HAYA’. JADILAH SEINDAH MAWAR BERDURI. KELAK, AKAN MENGUNDANG KEKAGUMAN DI HATI SANG KUMBANG HINGGAKAN SANG KUMBANG BERFIKIR BEBERAPA KALI UNTUK MENDEKATINYA”

Sunday, January 2, 2011

SARAPAN YANG BERKHAISAT

Assalamualaikum w.b.t
Segala puji bagi Allah, Tuhan Yang Esa dan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat dan keluarga baginda...Alhamdulilah kerana ku masih dibangkitkan lagi. Kini umurku sudah 21 tahun bukan 20 tahun lagi. Semalam aku mendapat berita, ramai sudah kawan-kawan yang melangsungkan perkahwinan dan sudah tentu rakan-rakan yang mempunyai anak apa kurangnya. wah, bagusnya rakan rakanku ni, ku berharap rumah tanggamu mendapat keberkatan dan semoga berbahagia sehingga ke anak cucu...


Emm,rakan-rakan sudah bersarapan ke?. harap2 sudah tau..... kalau yang belum tu kenapa belum bersarapan lagi???


sahabat sekalian, sebenarnya sarapan ini penting tau sebab untuk memberi tenaga ketika kita berkerja, belajar dan bermain. Ambillah sarapan walaupun sedikit.


Balqis suka ambil sarapan sebelum ke kelas atau buat apa-apa kerja kerana untuk mengelakkan "hypo" iaitu kurang tenaga. kalau berada di kelas, rasa tumpuan kepada pelajaran tu tinggi lah berbanding tak ambil sarapan ni. cuba kawan-kawan bayangkan, perut lapar dan dengar leacture sampaikan syarahan lagi, rasa nak cepat-cepat keluar kelas bukan....??


biasanya Balqis buat sarapan yang mudah dan ringkas. tak perlu ambil masa panjang untuk sediakan sarapan ni....apakah sarapan Balqis agaknya yer?????teka teki sedikit..heehhehe






Balqis akan sediakan air susu yag dicampur madu dan empingan oat yang disaluti madu dan kismis...begini lah sarapan Balqis setiap pagi...Alhamdulilah, rasa kekenyangan pun berkekalan sehingga tengah hari. boleh jimat bajet tau kalau buat cam ni...sudah terang lagi bersuluh, sarapan untuk pukul 10 pagi tak payah ambil dah sebab rasa kenyang lagi kan... jadi jimat lah bajetkan...






Balqis juga elak untuk makan sampai kenyang tau sebab bila kenyang ,kehadiran malas dalam diri pun mulalah menjelma. Balqis juga teringat akan pesanan Luqman Al-Hakim kepada anaknya " Wahai anakku (ingatlah), apabila perut dipenuhi makanan, maka padamlah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan hikmah (ilmu) dan berat anggota dari beribadah".


Betul kawan-kawan kalau kita makan banyak dan tidur banyak boleh mengelapkan hati. Ini adalah satu perkara yang mengelapkan hati.  


Ok lah kawan-kawan, sampai di sini sahaja nukilan Balqis. Sekira ada yang terasa Balqis minta maaf ... semoga kawan-kawan sihat sentiasa.. bye ......