Assalamualaikum w.b.t
Topik yang ingin Balqis kupaskan hari ini adalah berkenaan dengan cinta. Mesti yang tertanya kenapa Balqis suka cakap tentang perasaan ini???.Gatalnya..Mesti ada yang mempunyai persepsi sebegini kan.. Sebenarnya tidak ada apa-apa, Balqis cuba ingin menulis dan berkongsi sedikit pengetahuan yang ada tentang cinta ini.....
Sebelum itu, Balqis nak tanya .... "Best ke bercinta ni??"
Mesti ada yang kata, bestlah sebab kemana saja saya pergi si dia mesti akan bersama. Makan bersama, pergi kelas bersama dan rasa bahagia sangat... Tapi ada sesetengah kata, tak best sebab si dia tu suka marah-marah, cemburu bila saya bercakap dengan orang lain dan sebagainya...Pelbagai persepi yang kita perolehi...
Sebernarnya, cinta merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta ini dapat mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.
Cinta yang hanya berpaksikan runtutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat melambangkan kedamaian, keamanan dan ketenangan.
Pernahkah kawan-kawan dengan perkataan "cinta monyet".?. Pasti pernah dengarkan dan ada yang pernah merasainya. Sebenarnya cinta itu suci, tapi orang yang membawa cinta itu salah. Maksud Balqis di sini, orang tersebut memuja cinta sehingga melupakan fitrah manusia sebenarnya. Apatah lagi cinta ini disulami dengan hawa nafsu. Balqis banyak sangat dengar masalah cinta dalam kalangan rakan-rakan. Bagi Balqis, cinta dan permasalahannya telah menjadi serius dalam kalangan kawan-kawan hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dan cinta palsu menyebabkan seseorang itu menghadapi dilema perasaan.
Kalau bagi Balqis, hidup "single" dari mencintai dan dicintai kaum adam sebelum masa yang sesuai membuatkan diri Balqis rasa tenang, bak burung yang terbang bebas di angkasa. Balqis pernah merasa perasaan cintai dan mencintai daripada kaum adam. Balqis rimas bila berada dalam status tu!!.Malah Balqis rasa bersalah dan malu dengan diri sendiri, kawan, keluarga dan apatalagi dengan Allah dan bakal suami..Rasa kalau boleh dibuang dari hidup Balqis tentang perkara dan sejarah tersebut. Nak je buang jauh-jauh...Tapi setiap orang mempunyai persepsi tersendiri. Ya Allah, minta dijauhkan cinta dari kaum adam sebelum tiba waktu yang sesuai untukku. Amin.....
Bagaimanapun, cinta ini terbahagi kepada peringkat-peringkatnya yang tersendiri antaranya :-
1. Cinta kepada Allah s.w.t
Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia, iaitu cinta kepada Allah. Tanpa cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti. Sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan mencintai Allah. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah serta menerbitkan iman yang mantap.
Firman Allah s.w.t:“... (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah : 165)
2. Cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan Para Anbia´
Ketika manusia berada di dalam kegelapan, maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah s.a.w.
Maka, menjadi satu kewajipan kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para anbia´ dengan mengikut segala sifat yang terpuji.
Kerana perasaan kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa dan menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah s.a.w dalam usaha Baginda untuk menyebarkan agama Islam.
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ada disebut:
“Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” (Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901)
3. Cinta Sesama Mukmin
Perasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencintai ibu bapa dan keluarga. Selain daripada cinta kepada kedua-dua ibu bapa, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah s.a.w.
Maksud firman Allah s.w.t:
“... Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...” (Surah Al-Fath: 29)
Inilah yang telah diajar oleh Islam. Maka masyarakat sejagat, malah umat Islam sendiri dapat melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam dan begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya supaya tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.
Itulah cinta di dalam Islam. Ia haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Lalu akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ´syaitan cinta´ sewenangnya-wenangnya.
Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan merupakan cinta palsu walaupun dihiasi dengan rayuan manja kerana itu hanya panggilan ke lembah kebinasaan. Masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlaku dalam hidup dan tidak berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya.
Maka dalam meniti usia, remaja perlu berhati-hati dengan mainan perasaan walaupun merupakan perkara yang amat sukar dilakukan, apatah lagi semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam. Itulah azam kita untuk melawan nafsu dan alangkah malunya untuk kita tewas dan kita sendiri merelakan diri dibawa oleh arus yang menghancurkan.
Jangan jadikan diri kita sebagai hamba cinta yang hanya berlandaskan nafsu tanpa pertimbangan akal yang waras. Kita seharusnya mengawal perasaan cinta kerana jika terlalu obses terhadap seseorang, manusia biasanya akan hilang kawalan dan tidak dapat menerima hakikat kehilangan, lantas sanggup melakukan sesuatu yang buruk untuk melepaskan perasaan kecewa.
Balqis harap kawan-kawan faham sedikit sebanyak tentang cinta ini. Utamakanlah cinta kepada Allah s.w.t terlebih dahulu sebelum mencintai si dia. Balqis faham dalam usia sebeginilah banyak dugaan dan rasa sayang dan menyayangi mula timbul. Tapi pandai-pandailah jaga ye supaya berada atas landasan yang betul. Kalau belum sedia simpanlah terlebih dahulu. tapi kalau dah tak tertahan, usa-usalah dengan ahli keluarga atau orang tengah yang boleh dipercayai.
Sampai di sini sahaja nukilan Balqis untuk kali ini....
Balqis, ingin minta maaf sekiranya nukilan Balqis ini ada yang membuatkan kawan-kawan terasa.. segala kebaikan datangnya dari Allah dan semua yang buruk itu datang dari diri Balqis sendiri..
sekian...

No comments:
Post a Comment