Friday, January 28, 2011

SEINDAH MAWAR BERDURI

Assalamualaikum w.b.t
Segala puji bagi Tuhan yang menciptakan segalanya dan selawat dan salam untuk Rasulullah s.a.w. Alhamdulilah kerana di hari yang mulia ini, ku dibangkitkan dengan perasaan yang tenang dan ceria. Subahanallah, cantik sungguh ciptaan-Mu dan merdunya kicauan burung di pagi hari. Ya Allah, sekiranya hamba ini telalai, ampunkanlah segala dosaku. Ku ingin mencintai-Mu sepenuh hati dan jiwaku....

Ya Allah, cantiknya bunga-bunga di taman terutama bunga ros. Mekarnya menarik perhatian kumbang, tapi kerana duri yang Engkau ciptakan pada bunga itu, kumbang-kumbang susah untuk mendekati bunga itu. Sebenarnya setiap kejadian yang Allah ciptakan di bumi ini ada kaitan dengan hamba yang bernama manusia. Orang-orang yang beriman sahaja akan berfikir sebalik kejadian yang Allah ciptakan ini.



Bila disebutkan bunga mawar kita sudah bayangkan baunya yang harum, kelopak bunganya yang cantik dan durinya yang tajam...Kalau diberikan kepada wanita mungkin dia akan menyukainya. Lantaran itu, bunga mawar atau ros ini boleh dikaitan dengan diri wanita sebenarnya.

Sesunguhnya kejadian wanita sangat indah.. Tercipta dari tulang lelaki bergelar Adam yang bengkok berdekatan dengan hati untuk dilindungi dan disayangi.Bukan diciptakan di kepala untuk dijunjungi bahkan dipuja. Bukan juga diciptakan di kaki untuk dipijak atau dijadikan hamba seraya.  

Lantaran keindahan ciptaanmu itu, kita umpama sekutum bunga yang harum aromanya, bisa menarik kumbang untuk mendekatimu.

Renungkanlah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagar duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian, kilauan warnanya yang memancar penuh tarikan.
Namun, dek kerana pagaran duri yang berbisa, sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir bukan sekali bahkan berjuta kali sebelum mendekatinya.

Wanita sering diselaputi rasa malu, saya rasa bukan sahaja wanita tapi semua hamba bergelar manusia mempunyai perasaan malu ini. Tetapi, seandainya pakaian malu itu kau tinggalkan daripada selilit tubuh, dan perbatasan aurat kau dipandang sembarangan, jadilah kita hanya sekuntum bunga yang indah tetapi sayang tidak berduri.

Sesungguhnya utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu wahai bunga:-
“Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita”.

Adakah kita mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka?
Ingatlah bahawa ciri-ciri wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihatnya kecuali atas urusan yang diizinkan Wanita solehah itu tidak berbicara tentang lelaki malah lelaki tidak berbicara tentangnya.

Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Alangkah indahnya jika kita memelihara keindahan diri sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang dijanjikan Allah buatmu. Sesungguhnya wanita solehah pasti menjadi idaman setiap insan bernama ADAM!!!



“Allahu Allah, peganglah hati-hati kami kaum hawa yang lemah ini. Jangan mudah kami mengisi hati dengan cinta yang jelas bersuluh kepalsuannya. Tundukkan kami pada hanya yang kau taqdirkan layak buat kami. Andai tidak bisa bertemu di dunia fana ini, temukan kami di taman firdausimu. Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini biarlah bertapak cinta terhadapMu dahulu. Bentukkan kami menjadi yang solehah, agar bisa menjadi penghias syurgamu dan menjadi bidadari indah pelengkap lelaki soleh di taman syurga indahMu. Amin....”

p/s : Ku tulis ini  buat diri moga selamanya berduri, peringatan juga buat semua yang bergelar HAWA moga sentiasa memagari duri di sekelilingmu.

No comments:

Post a Comment