Ungkapan cinta itu sangat indah, malah hadirnya dalam diri kadang-kadang tidak diundang. Bak kata Ayatul Husna dalam cerita ketika cinta bertasbih...
CINTA adalah KEKUATAN yang mampu
mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah malang jadi untung,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah setan jadi nabi,
mengubah iblis jadi malaikat,
mengubah sakit jadi sehat,
mengubah kikir jadi dermawan,
mengubah kandang jadi taman,
mengubah penjara jadi istana,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah CINTA !!!
mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah malang jadi untung,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah setan jadi nabi,
mengubah iblis jadi malaikat,
mengubah sakit jadi sehat,
mengubah kikir jadi dermawan,
mengubah kandang jadi taman,
mengubah penjara jadi istana,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah CINTA !!!
Sebenarnya cinta yang hadir itu adalah suci, tapi sejauh mana kita menjaga cinta kepada pasangan itu terserahlah kepada individu tersebut.
Bila dah dewasa ini, ramai yang tertanya kepada diri kita siapakah orang yang kita cintai atau kita minati.?? Kadang-kadang kita hanya mampu tersenyum. Senyuman ini juga membawa banyak maksud yang tak bisa diberitahu kepada sesiapa. Hanya hati yang tahu.
Bagi saya, bila para sahabat atau keluarga menanyakan soalan siapakah di hati saya.? Biarlah ia rahsia. Saya belum sedia menerima atau membuat keputusan untuk masa depan, kerana saya masih belum siap sedia untuk menjadi isteri ataupun kekasih.
Memang indah jika dicintai, tapi yang tak indah itu penungguan. Ramai yang mengeluarkan ungkapan ini. Tapi berbeza bagi saya, penungguan itu sememangnya menyeksakan, tapi ketahui tersimpan seribu rahsia di sebalik penungguan itu. Masa menunggu itulah kita dapat berubah ke arah yang lebih baik. Hidup ini memang tak dapat lari dari kesilapan, tapi tak salah untuk menjadi yang lebih baik.
Kadang-kadang saya melihat, wah bahagianya pasangan itu dapat disayangi dan dicintai, tapi bila saya fikir-fikir balik....kan lebih indah jika bercinta selepas khawin. Sebenarnya cinta selepas khwin itu adalah sebenar-benar cinta. Di sini, kita baru dapat mengenali sifat atau peragai pasangan kita yang sebetul-betulnya. Pesanan: berhati-hatilah dalam menilai sifat pasangan sebelum kahwin kerana di saat ini individu tersebut tidak lagi menujukkan peragai yang sebenar-benarnya. :-)..saya pun dapat pesanan ini dari seorang sahabat.
Usahlah bersedih apabila melihat orang lain berseronok, bahagia di alam percintaaan, tapi bersyukurlah dengan apa yang kita ada kerana Allah ingin menguji tahap kesabaran kita dalam tempoh penungguan itu. Di saat ini teruskanlah berdoa agar Tuhan memberikan kita jodoh yang terbaik untuk kita. Allah maha Mendengar rintihan hamba-hambanya.
Sajak dibawah ini khas untuk diri ini..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
Ya Allah,
Seandainya telah Kau catatkan..
Dia milikku tercipta buatku..
Maka satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagian antara kami..
Agar kebahagian itu kekal abadi..
Ya Allah ya Tuhan yang Maha Mengasihani..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini..
Ketepian yang sejahtera dan abadi..
Maka jodohkanlah kami..
Tapi Ya Allah,
Seandainya telah kau takdirkan..
Dia bukan milikku..
Bawalah dia jauh dari pandanganku..
Luputkanlah dia dari ingatanku..
Dan peliharakanlah aku dari kekecewaan..
Ya Rab..
Berilah aku kekuatan..
Menolak bayangannya jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja nan merah..
Agar aku sentiasa tenang..
Walaupn tanpa bersama dengannya..
Ya Allah,
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu..
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
adalah yang terbaik untukku..
Sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui..
Segala yang terbaik untuk hambaMu ini..
Cukup Engkau sahaja yang memeliharaku..
di dunia mahupun di akhirat..
dengarlah rintihan dari hambamu yang dhaif ini..
Jagan Engkau tinggalkan aku sendirian..
di dunia mahupun di akhirat..
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..
Maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman..
agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup..
ke jalan yang Engkau redai..
dan kurniakanlah aku keturunan yang soleh dan solehah
amin...
No comments:
Post a Comment