Persahabatan itu indah jika disirami dengan keikhlasan dan kasih sayang kerana Allah s.w.t. Diri ini rasa sangat bersyukur kerana dikurniakan beberapa orang sahabat yang sentiasa berada di samping diri ini ketika senang mahupun susah...
Pejam celik..pejam celik..rupa-rupanya sudah 8 tahun sudah kita bersahabat. Banyaknya dugaan dan cubaan yang kita hadapi bersama. Tapi semua itu awak hadapi dengan tabah, manakala saya hampir-hampir tersungkur kerana saya tidak sekuat awak. Saya kagum dengan awak kerana awak kuat melawan semua itu, malahan awak mula mengajak saya untuk berdiri kembali.
Kalau saya buat salah atau terpesong dari matlamat hidup. Awak mula menasihati saya dengan cara yang tersendiri. Kalau awak yang tersalah, saya mula mengingatkan kembali matlamat-matlamat awak.
Awak tidak pernah mengambil kesempatan atas kesenangan ataupun kesusahan saya, malahan awak turut memberi senyuman ketika saya senang dan bersama saya ketika saya kesusahan. Bila awak susah, saya pun susah sebab awak sahabat saya. Kalau awak senang, saya turut bergembira atas kesenangan awak itu.
Saya tukang masak awak, awak pula driver saya. Saya pelajar awak, awak cikgu matametik saya. Saya nurse awak. awak pula engineer saya. Saya tahu menagis, awaklah raja lawak saya. Awak panggil saya kurus, saya pula panggil awak debok saya..hahaha..jangan marah, no war ok...
Semalam, malam yang indah bagi kita kerana kita dapat bertemu lagi. Kita gelak,ketawa dan bercerita sama-sama. Tapi di sudut hati saya, saya sedih. Sedih kerana saya tak tahu masihkah ada kesempatan kita untuk bergembira seperti semalam.
:-)
ReplyDelete