Monday, October 22, 2012

MAMPUKAH AKU????

"Setiap dugaan yang datang perlu dihadapi dengan tabah hati dan sabar. Ujian ini diturunkan untuk menguji keimanan manusia, oleh itu maka, (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan” (al-Insyirah : 5)




Cukuplah bagi Tuhan ku berharap. Cukuplah Tuhan menjadi saksi apa yang berlaku. Aku masih disini terkapai-kapai dalam mencari sinarmu. Aku bersyukur diuji bertalu-tahu. Walaupun begitu, aku berharap Tuhan pasti memberi kemudahan padaku nanti. Jika kita mudahkan urusan orang lain, InsyaAllah Tuhan pasti mudahkan urusan kita. Percayalah.

Dari Abu Hurairah r.a  Nabi SAW bersabda :

Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu sentiasa menolong saudaranya.” – Imam Muslim

Kadang-kadang datang jua persoalan aku mampukan aku lakukan semua ini. Hatiku diuliti dengan firman Allah

"Allah tidak akan membebani sesuatu dengan kesanggupannya sendiri" surah Al-Baqarah ayat 286



Ya Allah
Mampukan aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat Pengorbanan puteri
solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu Syurga...

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Menggendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita bernama Siti Hajar..

Mampukan aku menjadi wanita solehah
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyita


Saturday, October 20, 2012

BELAJAR DARI KESEDIHAN .

Mari kita belajar dari rasa sedih itu. Yakinlah Allah tidak pernah menciptakan sesuatu atau menimpakan sesuatu kepada kita dengan sia-sia. Berfikirlah sejenak, disebalik apa yang telah terjadi dan dialami, sungguh Allah tinggikan martabat dirimu kerana bersangka baik dan menjadi insan yang tabah lagi reda dalam menangani apa yang dilalui.

Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung kepada besamya ujian (bala) dan sesungguhnya jika Allah cinta kepada suatu kaum, mereka diuji. Barangsiapa yang redha menerima ujian, maka baginya keredhaan Allah, dan siapa yang murka, maka baginya kemurkaan Allah.”  (Tarmidhi)
Kita pernah “DILUKAI”
dan mungkin pernah “MELUKAI”
tapi kerana itu kita BELAJAR
tentang bagaimana cara menghargai, menerima, berkorban dan memperhatikan.
Kita pernah “DIBOHONGI”
dan mungkin pernah “MEMBOHONGI”,
tapi dari itu kita belajar tentang KEJUJURAN.
Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar erti diri MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF.
Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini,tidak akan terulang kembali.
Namun ada satu hal yang masih tetap bisa kita lakukan,..
iaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik..
Warna SEMALAM, diadunkan HARI INI untuk mewarnai HARI ESOK..
“Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya “. ( Riwayat Muslim )

montivasi untuk buat diriku.
disediakan oleh: pakar cinta.blogsport

INDAHNYA DUGAANMU

Terima kasih Tuhan kerana aku diuji. Aku sedar mana khilaf ku sehingga aku diuji bertalu-talu. Rasa berat juga bebanan dipikul tapi alhamdulilah semuanya terkandung seribu hikmah. Aku membelek-belek taksiran Al-Quran, aku mencari jawapan apa yang aku inginkan dan hatiku tercuit dengan firman Allah s.w.t

"dan pasti Kami akan menguji kamu  dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada dengan orang-orang yang sabar. iaitu orang yang ketika ditimpa musibah, mereka berkata "inna lillahi wa inna rajiun(sesunggunya kami milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali)" surah Al-BAqarah ayat 155-156

Sepanjang bacaanku dan pencariankku, banyak kali Allah berpesan SABAR..SABAR..SABAR dalam menghadapi ujian. Aku tersenyum sendirian dan berfikir, mungkin Allah ingin mendidik aku menjadi insan yang lebih bersabar ketika menghadapi kehidupan ini. Aku dicontohi lagi dengan sejarah kehidupan Nabi- Nabi dan orang yeng terdahulu. Betapa hebatnya mereka. Aku hanya diuji sedikit pun mengalah. Aku muhasabah diri sendiri.



Tiba-tiba aku rasa tidak tenteram, gelisah dan sakit selepas sebulan. Aku tahu aku bukan insan yang seceria dahulu. Aku memikirkan mana silapku. Tidak juga kutemui, sampailah aku membaca tazkirah lama yang bertajuk nilai kemaafan.....Aku merenung jauh selepas membaca tazkirah ini..

Betul, aku asyik sebut aku maafkan hamba Allah ini dan itu, tapi hatiku tidak menghayati sebuah nilai kemaafan. Patutlah aku tidak rasa ketenangan. Aku ingin Allah ampuni dosaku tapi aku sendiri lupa memberi  maaf pada mereka yang salah.

Tepat, memaafkan bukanlah mudah. Memaafkan sedang hati masih luka berdarah kerana disakiti, memang sukar sekali. Apatah lagi yang mengkhianati tidak pernah peduli. Tidak menghulur maaf. Tidak pernah menujuk kesal. Malah seakan gembira, seolah olah tidak pernah berlaku satu apa pun kesalahan atas bahunya.

Tapi rasalah keajaibannya, bila memaafkan maka perlahan-lahan rasa tenang itu pasti datang. Bila dimana tangan ditadahkan , lalu memaafkan setulus hati, dapat rasai hati bersorak girang. Hati bebas dari rasa dendam dan amarah kerena tidak lagi menagis atas apa yang terjadi.

walaupun orang itu tidak meminta maaf dan kita sendiri memaafkan. Rasa ketenangan itu pasti menjelma jua. Wajah berseri-seri. Tiada lagi murung dan bersedih hati. Bersalahkah kita atau tidak, kita harus meminta maaf dan memberi maaf.


Ya Allah,
Ampunilah dosa dan ketelanjuran kami,
Jauhkanlah kami dari cuba menumpang hakMu,
jauhkanlah kami dari rasa dendam dan sakit,
Kami manusia, yang tidak malu buat dosa,
Yang tidak segan mengumpul noda,
Ampunilah kami, hambaMu yang hina,
Berikanlah kami hati yang tabah, hati yang kuat,
Untuk memberi maaf, demi mencari ampunanMu
Amin Ya Rabb

Sampai di sini sahaja penulisanku. Banyak ingin ku tulis sebenarnya. tapi masa terlalu mencemburui aku. 

Buat diriku, teruskan penjalanan hidup kerana ianya masih panjang. Pelbagai onak dan duri lagi perlu ditempuhi. Percayalah pada Tuhan pasti dia merencana yang terbaik buatmu. Tuhan tidak akan membebani sesuatu dengan kesagupan dirimu sendiri.

SENYUM SELALU KERNA SENYUMAN ITU ADALAH NADIKU ^___^

Sunday, April 15, 2012

ANDAI AKU PILIHAN HATIMU

Surat ini ku tulis untuk bakal suamiku....

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Pimpinlah aku menuju redhaNya,
Bukan membuka jalan untukku,
Melangkah ke neraka.

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Tutupla matamu memandangku kerana rupa, harta dan kelebihanku,
Pandanglah aku dengan kekuranganku,
Nilai kembali niatmu,
Masihkah kau sanggup menghadapi segala kelemahanku.

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Jangan rosakkan hatiku dengan merinduimu,
Hentikanlah madah2 terindahmu untukku,
Sehingga saat halal itu berlaku,

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Aku mohon agar kau sandarkan niatmu,
Kepada yg menentukan,
Aku pinta agar kau sentiasa dalam istikharah,
Agar kita kan bisa menemukan insan yg tepat,
Bukan sekadar menjadi bahan ujian sementara.

Jika kau pilih aku,
Menjadi permaisuri hati,
Ketahuilah,
Tidak ku pinta kemewahan dunia,
Tidak ku mahu kaya harta,
Tetapi aku minta,
Jadikan aku suri yang bisa mendapatkan istana di akhirat sana,
Berikan aku jaminan,
Untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam redhaNya.
Jika kau pilih aku,
Dan jika Allah mengizinkan aku memilihmu,
Ketahui la,
Aku akan memilihmu keranaNya.
Saat itu ialah apabila aku tahu,
Kenapa kau memilih aku,
Jawapannya ialah “Kau memilih aku kerana Dia”

 

Wednesday, March 14, 2012

TERSENYUM DAN TERUS TERSENYUM

Dalam kehidupan kita sehari-hari. Pelbagai dugaan onak dan duri yang kita tempuhi. Kadang-kadang kita tersungkur dan rebah. kadang-kadang kita terduduk dan kadang-kadang kita tidak mampu berdiri lagi.  Tapi ingatlah dan bersangka baiklah pada Allah s.w.t dimana Allah mendugamu bukan kerana dia ingin menyusahkan dirimu tetapi dia ingin mengetuk  hatimu yang tidak pernah lelah bermain dengan dunia agar dirimu kembali lurus pada jalanNya. :-)

Alhamdulilah, aku juga bersyukur kerana Allah telah mengujiku dengan sedikit rasa kegusaran, keresahan dan kesedihan. Tapi, aku yakin semua yang berlalu pada hari-hari lepas sebab Allah nak pesan, kalau buat sesuatu buat berhati-hati dan teliti. Indah kan, ujian ini. Mula-mula kita rasa sakit, tapi kalau kita fikir dari sudut yang positif kita akan mendapat jawapan yang positif juga. *________*
Saya ingin mencari kekuatan dalam kelemahan. Dengan itu, saya hasilkan puisi buat diri saya sendiri agar tidak terus lemah, tapi terus bangkit dalam menghadapi hari-hari yang mendatang.

*******************************************************************************



Saat kita menempuh onak duri dunia,
Derita sekali sekala mencuit hati,
Hati yang remuk menagis tanpa henti,
Kesedihan terus menerus bersemadi di dalam hati,
Ketika itu, sabar sudah tidak dikenali lagi,
Dalam terharu.....air mata tertumpah jua,

Wahai hamba Ilahi,
Begitulah kehidupan di dunia,
Kita tidak sesekali dapat menjangka..apa yang Allah aturkan untuk kita,
Adakalanya kita rasa sangat gembira,
Adakalanya kita terasa sangat kecewa,

Namun.....jangan risau manusia..Allah itu Tuhan kita,
Allah yang maha luas Kasih SayangNya,
Percayalah..Allah tidak menduga hambaNya, kecuali untuk melihat hambaNya..
Tersenyum disana...tertawa di sana..berbahagia di sana...InsyaAllah di syurga..
Yang mengalir di bawahnya..sungai-sungai yang mendamaikan jiwa,

Oh..Indahnya......

Wahai hamba Allah,
Jangan bersedih, kerana anda telah melalui kesedihan  itu kemarin dan ia sebarang tidak memberi manafaat sedikit pun pada keesokan harinya.
kesedihan demi kesedihan,
bakal membuatkan anda semakin terperuk dalam keputusan dunia...
yang luas dirasakan sempit dan tidak berguna lagi.

Padahal, dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada Allah unruk kita raihkan syurganya yang sangat indah serta bebas daripada rasa kesedihan

gara-gara kesedihan..... Air yang manis dirasakan pahit
makanan yang lazat terasa hambar
bunga mekar yang mekar kembang mewangi kembali layu

Ingatlah tangisan terindah itu,apabila butor-butir air mata jatuh hangat di pipi lantaran terasa diri kita bergitu kerdil di sisi Allah dan begitu berdosanya diri kita di sisi Allah

Wahai hamba Allah,
Lihatlah di sisi kamu dan teguhkan pendirianmu,
sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa
senyuman yang kau berikan dan airmata yang kau titiskan..simpan...jadikan TAULADAN
segala yang kau pandang dan dengar simpan buat perdoman

*****************************************************************

Buat diri ini ... kekalkan senyumanmu ....

Sunday, March 4, 2012

AKU + DIA DAN ANAK SAUDARAKU


Alhamdulilah, semalam baru je pulang ke kampung. Rasa terubat rindu kat keluarga dan anak-anak buah. Sesampainya aku kat umah terus je gaduh dengan anak-anak buahku. Bukan bergaduh sungguh-sungguh pun, gaduh manja-manjalah katakan. hahahahaaaaaaa...

Sekarang mereka dah besar panjang, cam-cam perangai anak saudaraku ni. Tambah-tambah aku balik dengan bakal pak su nya. makin jadi-jadi budak-budak ni kenakan aku. :-) pape pun aku tetap seronok jumpa anak saudaraku. tanpa mereka, sunyilah hari-hariku.

Bakal pak su nya pula pandai layan kerenah mereka, hot-hot aku kena panggang kat mereka semua...hahahaa....

Selepas makan tengah hari, aku ajak anak saudaraku keluar menemani aku ronda-ronda sekitar kuala terenggnu bersama si dia. mula-mula tak nak ikut, malu lah tu kat pak su nye .. last-last pergi gak selepas aku paksa mereka ikut aku..hahaha... jahat tak mak saudara buli anak saudara... :-P

aku terpikat cara dia melayan kerenah anak-anak saudaraku dan keluargaku... pe yang anak saudara aku nak, semua dia ikut...pe yang aku geram, mereka berpakat kenakan aku...mereka semua boleh makan, boleh bernyanyi,gelak, solat dan main sama-sama..suka aku tgk bila anak-anak saudaraku keluar dengan dia. enjoy je nampak...

time makan pulak, aku selalu memaksa anak-anak saudaraku makan sampai habis...aku selalu jadikan alasan "ok,lau tak makan habis, mak su tak balik sampai bila-bila". anak saudaraku pantang bila aku cakap cam tu, dia takut aku tak balik betul-betul jumpa mereka...padahal saje je nak tgk mereka....hahahaaaaaa...


 
aku sedih juga terpaksa pulang awal ke kelantan, tak puas lagi aku bersama si dia dan anak-anak saudaraku.lau tak disebabkan ada temuduga hari isnin ni, terus je aku tinggal di terengganu sehingga aku habis cuti...huhuhuhuuuuu.

Sunday, February 19, 2012

JODOH ITU MISTERI




Ish, manalah mamat ni dapat no telefon aku ... ku sangat marah pada mulanya. Aku masih tidak melayan, masih jual mahal padanya. Dia sedikit pun tidak mengendah akan semua perkara yang aku buat. Layan ke tak layan ke dia tetap mahu mengenali ku dengan lebih dekat.

Aku mula berfikir, dia ni betul-betul ke ingin berkenalan dengan ku. Ku mula menceritakan masalah yang kuhadapi ini  kepada ahli keluarga ku.. Tiba-tiba .............

"Alah, apa salahnya kalau kita berkenalan dengan dia tu. Kawan dahulu, lau serasi boleh ke jinjang pelamin" luah ibuku...

Gluppppp.."ish, apa ibu cakap ni". Aku sangat terkejut bila ibu ku berkata begitu.

semua ahli keluarga ku gelak bila ibu mengeluarkan perkataan sebegitu.... aku masih geram dan bertambah geram bila semua adik beradik ku mula kenakan aku...

Ish.....aku mula merajuk pada mulanya.... ye lah, aku tak mahu pun mengenali si mamat tu, tiba-tiba ahli keluargaku memberi cadangan untuk mendekati mamat ni...mana boleh.....

kak iparku mula mendekati aku... dia mula berkata sesuatu..
"adik...kadang-kadang, jodoh itu misteri. kadang-kadang kita berkawan dengan orang lain. bercinta dengan orang lain, bertunang dengan orang lain, dan menikah dengan orang lain.. semua yang terjadi pasti Allah telah mengatur yang terbaik untuk kita. jodoh itu milik Allah.. percayalah bahawa cinta yang Allah berikan kepada kita adalah cinta yang terbaik untuk kita"..





Sunday, February 5, 2012

ANDAI HATIKU YANG KAU POHON .......

semalam, hari ini dan esok.....kawan-kawan aku semua bakal akan kawin... aku tumpang bahagia melihat masjid yang telah dibina oleh mereka.....aku bila lagi...?? jeng jeng jeng.... :-)

tahniah buat semua pasangan yang telah mendirikan rumah tangga. mungkin ada yang mengenali pasangan selepas kawin dan ada yang mengenali pasangan sebelum kawin.

bagi aku tak salah nak mengenali pasangan sebelum kawin, tapi dengan syarat jaga adab pergaulan.andainya ia sesuai dengan kita,terimalah..andai tidak sesuai,tolok lah dengan cara yang baik.

mak aku selalu cakap...kawin adalah perkara mudah...tapi tanggungjawabnya yang payah.. jadi moral of the story,pilihlah pasangan betul-betul...

tapi berbeza bagiku,,,, andai hatiku yang kau pohon..pohonlah pada Allah s.w.t..kelak kamu tidak akan dikecewakan.... :-)