Dalam kehidupan kita sehari-hari. Pelbagai dugaan onak dan duri yang kita tempuhi. Kadang-kadang kita tersungkur dan rebah. kadang-kadang kita terduduk dan kadang-kadang kita tidak mampu berdiri lagi. Tapi ingatlah dan bersangka baiklah pada Allah s.w.t dimana Allah mendugamu bukan kerana dia ingin menyusahkan dirimu tetapi dia ingin mengetuk hatimu yang tidak pernah lelah bermain dengan dunia agar dirimu kembali lurus pada jalanNya. :-)
Alhamdulilah, aku juga bersyukur kerana Allah telah mengujiku dengan sedikit rasa kegusaran, keresahan dan kesedihan. Tapi, aku yakin semua yang berlalu pada hari-hari lepas sebab Allah nak pesan, kalau buat sesuatu buat berhati-hati dan teliti. Indah kan, ujian ini. Mula-mula kita rasa sakit, tapi kalau kita fikir dari sudut yang positif kita akan mendapat jawapan yang positif juga. *________*
Saya ingin mencari kekuatan dalam kelemahan. Dengan itu, saya hasilkan puisi buat diri saya sendiri agar tidak terus lemah, tapi terus bangkit dalam menghadapi hari-hari yang mendatang.
*******************************************************************************
Saat kita menempuh onak duri dunia,
Derita sekali sekala mencuit hati,
Hati yang remuk menagis tanpa henti,
Kesedihan terus menerus bersemadi di dalam hati,
Ketika itu, sabar sudah tidak dikenali lagi,
Dalam terharu.....air mata tertumpah jua,
Wahai hamba Ilahi,
Begitulah kehidupan di dunia,
Kita tidak sesekali dapat menjangka..apa yang Allah aturkan untuk kita,
Adakalanya kita rasa sangat gembira,
Adakalanya kita terasa sangat kecewa,
Namun.....jangan risau manusia..Allah itu Tuhan kita,
Allah yang maha luas Kasih SayangNya,
Percayalah..Allah tidak menduga hambaNya, kecuali untuk melihat hambaNya..
Tersenyum disana...tertawa di sana..berbahagia di sana...InsyaAllah di syurga..
Yang mengalir di bawahnya..sungai-sungai yang mendamaikan jiwa,
Oh..Indahnya......
Wahai hamba Allah,
Jangan bersedih, kerana anda telah melalui kesedihan itu kemarin dan ia sebarang tidak memberi manafaat sedikit pun pada keesokan harinya.
kesedihan demi kesedihan,
bakal membuatkan anda semakin terperuk dalam keputusan dunia...
yang luas dirasakan sempit dan tidak berguna lagi.
Padahal, dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada Allah unruk kita raihkan syurganya yang sangat indah serta bebas daripada rasa kesedihan
gara-gara kesedihan..... Air yang manis dirasakan pahit
makanan yang lazat terasa hambar
bunga mekar yang mekar kembang mewangi kembali layu
Ingatlah tangisan terindah itu,apabila butor-butir air mata jatuh hangat di pipi lantaran terasa diri kita bergitu kerdil di sisi Allah dan begitu berdosanya diri kita di sisi Allah
Wahai hamba Allah,
Lihatlah di sisi kamu dan teguhkan pendirianmu,
sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa
senyuman yang kau berikan dan airmata yang kau titiskan..simpan...jadikan TAULADAN
segala yang kau pandang dan dengar simpan buat perdoman
*****************************************************************
Buat diri ini ... kekalkan senyumanmu ....
No comments:
Post a Comment