Monday, October 22, 2012

MAMPUKAH AKU????

"Setiap dugaan yang datang perlu dihadapi dengan tabah hati dan sabar. Ujian ini diturunkan untuk menguji keimanan manusia, oleh itu maka, (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan” (al-Insyirah : 5)




Cukuplah bagi Tuhan ku berharap. Cukuplah Tuhan menjadi saksi apa yang berlaku. Aku masih disini terkapai-kapai dalam mencari sinarmu. Aku bersyukur diuji bertalu-tahu. Walaupun begitu, aku berharap Tuhan pasti memberi kemudahan padaku nanti. Jika kita mudahkan urusan orang lain, InsyaAllah Tuhan pasti mudahkan urusan kita. Percayalah.

Dari Abu Hurairah r.a  Nabi SAW bersabda :

Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu sentiasa menolong saudaranya.” – Imam Muslim

Kadang-kadang datang jua persoalan aku mampukan aku lakukan semua ini. Hatiku diuliti dengan firman Allah

"Allah tidak akan membebani sesuatu dengan kesanggupannya sendiri" surah Al-Baqarah ayat 286



Ya Allah
Mampukan aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat Pengorbanan puteri
solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu Syurga...

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Menggendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita bernama Siti Hajar..

Mampukan aku menjadi wanita solehah
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyita


Saturday, October 20, 2012

BELAJAR DARI KESEDIHAN .

Mari kita belajar dari rasa sedih itu. Yakinlah Allah tidak pernah menciptakan sesuatu atau menimpakan sesuatu kepada kita dengan sia-sia. Berfikirlah sejenak, disebalik apa yang telah terjadi dan dialami, sungguh Allah tinggikan martabat dirimu kerana bersangka baik dan menjadi insan yang tabah lagi reda dalam menangani apa yang dilalui.

Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung kepada besamya ujian (bala) dan sesungguhnya jika Allah cinta kepada suatu kaum, mereka diuji. Barangsiapa yang redha menerima ujian, maka baginya keredhaan Allah, dan siapa yang murka, maka baginya kemurkaan Allah.”  (Tarmidhi)
Kita pernah “DILUKAI”
dan mungkin pernah “MELUKAI”
tapi kerana itu kita BELAJAR
tentang bagaimana cara menghargai, menerima, berkorban dan memperhatikan.
Kita pernah “DIBOHONGI”
dan mungkin pernah “MEMBOHONGI”,
tapi dari itu kita belajar tentang KEJUJURAN.
Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar erti diri MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF.
Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini,tidak akan terulang kembali.
Namun ada satu hal yang masih tetap bisa kita lakukan,..
iaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik..
Warna SEMALAM, diadunkan HARI INI untuk mewarnai HARI ESOK..
“Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya “. ( Riwayat Muslim )

montivasi untuk buat diriku.
disediakan oleh: pakar cinta.blogsport

INDAHNYA DUGAANMU

Terima kasih Tuhan kerana aku diuji. Aku sedar mana khilaf ku sehingga aku diuji bertalu-talu. Rasa berat juga bebanan dipikul tapi alhamdulilah semuanya terkandung seribu hikmah. Aku membelek-belek taksiran Al-Quran, aku mencari jawapan apa yang aku inginkan dan hatiku tercuit dengan firman Allah s.w.t

"dan pasti Kami akan menguji kamu  dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada dengan orang-orang yang sabar. iaitu orang yang ketika ditimpa musibah, mereka berkata "inna lillahi wa inna rajiun(sesunggunya kami milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali)" surah Al-BAqarah ayat 155-156

Sepanjang bacaanku dan pencariankku, banyak kali Allah berpesan SABAR..SABAR..SABAR dalam menghadapi ujian. Aku tersenyum sendirian dan berfikir, mungkin Allah ingin mendidik aku menjadi insan yang lebih bersabar ketika menghadapi kehidupan ini. Aku dicontohi lagi dengan sejarah kehidupan Nabi- Nabi dan orang yeng terdahulu. Betapa hebatnya mereka. Aku hanya diuji sedikit pun mengalah. Aku muhasabah diri sendiri.



Tiba-tiba aku rasa tidak tenteram, gelisah dan sakit selepas sebulan. Aku tahu aku bukan insan yang seceria dahulu. Aku memikirkan mana silapku. Tidak juga kutemui, sampailah aku membaca tazkirah lama yang bertajuk nilai kemaafan.....Aku merenung jauh selepas membaca tazkirah ini..

Betul, aku asyik sebut aku maafkan hamba Allah ini dan itu, tapi hatiku tidak menghayati sebuah nilai kemaafan. Patutlah aku tidak rasa ketenangan. Aku ingin Allah ampuni dosaku tapi aku sendiri lupa memberi  maaf pada mereka yang salah.

Tepat, memaafkan bukanlah mudah. Memaafkan sedang hati masih luka berdarah kerana disakiti, memang sukar sekali. Apatah lagi yang mengkhianati tidak pernah peduli. Tidak menghulur maaf. Tidak pernah menujuk kesal. Malah seakan gembira, seolah olah tidak pernah berlaku satu apa pun kesalahan atas bahunya.

Tapi rasalah keajaibannya, bila memaafkan maka perlahan-lahan rasa tenang itu pasti datang. Bila dimana tangan ditadahkan , lalu memaafkan setulus hati, dapat rasai hati bersorak girang. Hati bebas dari rasa dendam dan amarah kerena tidak lagi menagis atas apa yang terjadi.

walaupun orang itu tidak meminta maaf dan kita sendiri memaafkan. Rasa ketenangan itu pasti menjelma jua. Wajah berseri-seri. Tiada lagi murung dan bersedih hati. Bersalahkah kita atau tidak, kita harus meminta maaf dan memberi maaf.


Ya Allah,
Ampunilah dosa dan ketelanjuran kami,
Jauhkanlah kami dari cuba menumpang hakMu,
jauhkanlah kami dari rasa dendam dan sakit,
Kami manusia, yang tidak malu buat dosa,
Yang tidak segan mengumpul noda,
Ampunilah kami, hambaMu yang hina,
Berikanlah kami hati yang tabah, hati yang kuat,
Untuk memberi maaf, demi mencari ampunanMu
Amin Ya Rabb

Sampai di sini sahaja penulisanku. Banyak ingin ku tulis sebenarnya. tapi masa terlalu mencemburui aku. 

Buat diriku, teruskan penjalanan hidup kerana ianya masih panjang. Pelbagai onak dan duri lagi perlu ditempuhi. Percayalah pada Tuhan pasti dia merencana yang terbaik buatmu. Tuhan tidak akan membebani sesuatu dengan kesagupan dirimu sendiri.

SENYUM SELALU KERNA SENYUMAN ITU ADALAH NADIKU ^___^