Terima kasih Tuhan kerana aku diuji. Aku sedar mana khilaf ku sehingga aku diuji bertalu-talu. Rasa berat juga bebanan dipikul tapi alhamdulilah semuanya terkandung seribu hikmah. Aku membelek-belek taksiran Al-Quran, aku mencari jawapan apa yang aku inginkan dan hatiku tercuit dengan firman Allah s.w.t
"dan pasti Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada dengan orang-orang yang sabar. iaitu orang yang ketika ditimpa musibah, mereka berkata "inna lillahi wa inna rajiun(sesunggunya kami milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali)" surah Al-BAqarah ayat 155-156
Sepanjang bacaanku dan pencariankku, banyak kali Allah berpesan SABAR..SABAR..SABAR dalam menghadapi ujian. Aku tersenyum sendirian dan berfikir, mungkin Allah ingin mendidik aku menjadi insan yang lebih bersabar ketika menghadapi kehidupan ini. Aku dicontohi lagi dengan sejarah kehidupan Nabi- Nabi dan orang yeng terdahulu. Betapa hebatnya mereka. Aku hanya diuji sedikit pun mengalah. Aku muhasabah diri sendiri.
Tiba-tiba aku rasa tidak tenteram, gelisah dan sakit selepas sebulan. Aku tahu aku bukan insan yang seceria dahulu. Aku memikirkan mana silapku. Tidak juga kutemui, sampailah aku membaca tazkirah lama yang bertajuk nilai kemaafan.....Aku merenung jauh selepas membaca tazkirah ini..
Betul, aku asyik sebut aku maafkan hamba Allah ini dan itu, tapi hatiku tidak menghayati sebuah nilai kemaafan. Patutlah aku tidak rasa ketenangan. Aku ingin Allah ampuni dosaku tapi aku sendiri lupa memberi maaf pada mereka yang salah.
Tepat, memaafkan bukanlah mudah. Memaafkan sedang hati masih luka berdarah kerana disakiti, memang sukar sekali. Apatah lagi yang mengkhianati tidak pernah peduli. Tidak menghulur maaf. Tidak pernah menujuk kesal. Malah seakan gembira, seolah olah tidak pernah berlaku satu apa pun kesalahan atas bahunya.
Tapi rasalah keajaibannya, bila memaafkan maka perlahan-lahan rasa tenang itu pasti datang. Bila dimana tangan ditadahkan , lalu memaafkan setulus hati, dapat rasai hati bersorak girang. Hati bebas dari rasa dendam dan amarah kerena tidak lagi menagis atas apa yang terjadi.
walaupun orang itu tidak meminta maaf dan kita sendiri memaafkan. Rasa ketenangan itu pasti menjelma jua. Wajah berseri-seri. Tiada lagi murung dan bersedih hati. Bersalahkah kita atau tidak, kita harus meminta maaf dan memberi maaf.
Ya Allah,
Ampunilah dosa dan ketelanjuran kami,
Jauhkanlah kami dari cuba menumpang hakMu,
jauhkanlah kami dari rasa dendam dan sakit,
Kami manusia, yang tidak malu buat dosa,
Yang tidak segan mengumpul noda,
Ampunilah kami, hambaMu yang hina,
Berikanlah kami hati yang tabah, hati yang kuat,
Untuk memberi maaf, demi mencari ampunanMu
Amin Ya Rabb
Sampai di sini sahaja penulisanku. Banyak ingin ku tulis sebenarnya. tapi masa terlalu mencemburui aku.
Buat diriku, teruskan penjalanan hidup kerana ianya masih panjang. Pelbagai onak dan duri lagi perlu ditempuhi. Percayalah pada Tuhan pasti dia merencana yang terbaik buatmu. Tuhan tidak akan membebani sesuatu dengan kesagupan dirimu sendiri.
SENYUM SELALU KERNA SENYUMAN ITU ADALAH NADIKU ^___^
No comments:
Post a Comment