Sunday, November 21, 2010

JIKA BELUM SIAP, CINTAI IA DALAM DIAM.....

Assalamualaikum w.b.t kepada sahabat dan kawan-kawan...
Husna harap semua berada di bawah nanugan-Nya dan mendapat keredaan dalam setiap apa yang kita lakukan.....

Di sini, Husna ingin berkongsi satu maklumat dengan kawan-kawan...tajuknya adalah seperti yang tertera di atas......iaitu jika belum siap, cintai ia dalam diam.....

sebelum membaca cerita di bawah,,apakah yang ada dalam fikiran anda sekarang???

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya..

karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan ALi ?yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah...

karena dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,biarkan ia tetap diam ...

jika dia memang bukan milikmu, toh Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...
by Ahlan Wasahlan سيتي فاطمه on Tuesday, November 2, 2010 at 12:52pm

# Apa yang kawan-kawan dapat simpulkan mengenai perkara di atas...fikir-fikirkanlah...... #

Husna doakan semoga impian kawan-kawan untuk hidup bersama pasangan pilihan masing-masing akan menjadi kenyataan.. selagi perasaan cintamu kepadanya dapat disimpan,maka simpankanlah dalam hati anda..cukuplah hanya Allah dan dirimu sahaja mengetahui...sekira tidak mampu maka carilah orang tengah untuk menyatakan perasaanmu pada si dia...semoga apa yang dilakukan mendapat keberkataan dari-Nya.
selalulah berdoa semoga ia menjadi pilihan yang tepat buat anda semua.

mungkin bagi sesetengah kawan-kawan melihat perkara di atas mudah dan tak ada apa-apa, tapi sekiranya berada di tempat seseorang individu yang mengharapakan seseorang dalam masa bertahun-tahun...pasti kawan-kawan terasa terseksanya satu penungguan itu...

video

Friday, November 19, 2010

RINDU MENERJAH DI RUANG FIKIRANKU

Assalamualaikum kawan-kawan....
Sebenarnya, ku sangat merindui rumah dan ahli keluarga di kampung...
Kali pertama menyambut perayaan Aidil adha di perantauan..jauh dari sanak saudara kian rinduku semakin membara...selalu menghitung hari entah berapa hari lagi mahu cuti semester ni....
Hanyalah gambar di bawah mengurangkan rinduku....


 Pintu pagar luas terbuka bakal menyambut kepulangan tuannya..
 hanya 300meter dari asrama UMT, rumahku terletak..so jemput hadir..hehhee
 kapal terbang ni lah akan ku lihat sekiranya aku bosan berada di rumah
 cantik pemandangan di petang hari
 Batu dekat dengan pokok tu lah menjadi tempat rehatku takala letih bermain dengan anak-anak saudara sambil makan ice-cream vanilla
 Pokok ini kian membesar dan terus membesar..
 Pokok bunga ku..dah berbungga akhirnya...

Wednesday, November 17, 2010

BUAT INSAN YANG DIUJI

Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah.

Buat insan yang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).


Terimalah takdir yang telah ditetapkan Allah untukmu wahai insan. Terimalah dengan hati yang terbuka, berlapang dadalah kamu dengan segala ketentuanNya. Kerana pasti akan ada kemanisan disebalik kepahitan yang engkau rasai.Wahai insan yang diuji, jangan sekali engkau merasa keseorangan. Sungguh, Allah sentiasa bersamamu. Setiap derita yang engkau lalui itu sering diiringi rahmat ujianNya, maka bersabarlah dan tabahlah. Firman Allah dalam surah Al-Furqan, ayat 20:

Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).

Untuk insan yang diuji, sedang ramai teman-temanmu yang lalai diuji dengan kesenangan dan kekayaan mereka, tetapi engkau diuji dengan derita dan kesengsaraan. Sedarkah engkau wahai insan terpilih, engkaulah yang bertuah dan beruntung, kerana ujian yang diberikanNya membuatkan Engkau semakin dekat denganNya.Tidakkah engkau melihatnya? Tidakkah engkau menyedarinya? Bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah wahai insan yang dikasihi Allah.

TINTIHAN JIWA

Ya Allah,Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah!
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
 Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah,
 Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang pasti bersama-Mu.....

Ya Allah,
Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aisyah?
 Isteri Rasulullah yang bijak dan sentiasa bersama-Mu...

Ya Allah,
Air mataku mengalir tika membaca pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,
 Akur dalam setiap perintah,
 Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang,
 Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah dia sebagai wanita syurga...

Ketika ku marah,
Inginku intip serpihan sabar dari cacatan hidup Siti Sarah....
Tabah jiwanya setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih kecil
Mencari air penghilang dahaga di terik padang pasir merah
 Ditinggalkan suami akur tanpa bantah,
Pengharapannya hanya pada Allah itulah insan bernama Siti Hajar

Ya Allah
Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman,
Bersinar harum tersebar,
Bagai wanginya pusara Masyitah..


Ya Allah ku harap menjadi insan yang sentiasa meninggati-Mu dalam setiap bisikan hidupku, setiap saat dan waktu.. tidak kira waktu senang dan susah.. ku tahu bahawasanya kau menerima taubat setiap hamba-Mu...
*sama-samalah kita berfikir sejenak untuk sentiasa bersamanya*





Monday, November 15, 2010

PESANAN UNTUK KAUM HAWA

Pengalaman dan pembacaan dari sebuah novel telah memberi inspirasi untukku dan mengajarku untuk berfikir sejenak.....inspirasi ini sebenarnya datang dari Allah s.w.t. aku bersyukur kerana di saat ini aku mempunyai idea untukku kongsi bersama teman-teman.



Saudariku,
Artikel ini kutulis dengan rasa kasih dihati,
Renungkanlah isinya,
Hayatilah maknanya, aplikasi ilmunya dan sematkanlah di dalam kalbumu selamanya. jadikanlah pesanan ini sebagai azimat dalam meneruskan perjuangan dan imipian kita bersama untuk muncul sebagai serikandi yang mempertahankan agama Allah ...insyaAllah....



Saudariku,
Alangkah sukanya kedua ibu bapa sekiranya kita seperti mawar inspirasi setiap mujahid,
Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan bertaqwa kepada Allah,
Hiasilah wajahmu dengan titisan wuduk,
Sesuatu yang tertutup lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Umpama sebutir permata yang dipamerkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup..
Sudah pasti keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah..



Wanita solehah yang taat dan patuh kepada Allah dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam.
Namun, ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi
kerana ia bercangah dengan nafsu serakah yang bersarang dengan dalam dirimu,
Lebih-lebih dengan title gadis yang kita miliki,
Sudah pasti darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada ,
Namuan ingatlah wahai diriku dan sahabatku,
Sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu, yang penting.......kita mesti mempunyai azam, usaha dan istiqamah



Saudariku,
Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi,
Itulah fitrah semulajadi setiap insani,
Namun ramai di antara kita tewas kerana cinta,
Bercinta tidak salah tetapi memuja cinta itu salah,
Kerana cinta,
Manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai.
Benarlah sabda Rasulullah s.a.w
"Sesungguhnya cinta itu buta, cinta mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara hak dan batil apabila engkau meletakakn cintamu berdasarkan nafsu dan tidak berlandaskan kepada agama Allah semata-mata"



Diakhir kata-kata ini, marilah kita renungkan sedikit kata dari ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiyah....
"Cintakan manusia tidak akan mewujudkan kebahagian abadi untuk seseorang insan, kerana ia tidak kekal. cintakan manusia seringkali membuatkan insan itu gagal, kecewa dan menderita dan terseksa.....Oleh itu, tidak ada satu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali CINTA KEPADA PECINTA MANUSIA ITU SENDIRI.....