Thursday, December 30, 2010

OH NUR AINAA SYUHADA .......

Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar saudara dan saudari sekalian?. semoga kita semua berada di bawah jagaannya selalu.... petang ini rasa pening sebab banyak kerja. tapi Balqis cuba menulis juga sebab teringat kat anak buah kat rumahlah :-)


Balqis ada 9 anak saudara di mana 2 puteri dan 7 putera..... semua cute-cute. yang paling kecil berumur 1 tahun setengah. tapi petang ini Balqis nak cerita bagaimana cuti semester vs cuti sekolah..

Alhamdulilah, pada cuti semester baru ini, salah seorang anak saudara Balqis iaitu Nur Ainaa Syuhada telah datang dengan gembiranya di rumah nenek (ibuku)... Balqis sendiri pelik kenapa anak-anak saudara Balqis akan ikut je kemana Balqis pergi...Sedangkan dengan kakak Balqis ( cik uda ) anak-anak saudara ni tak nak duduk pun. Pelik bukan ???????

hari pertama si Ainaa berada di rumah, Balqis ajak dia masuk dapur.... Biasalah kanak-kanak ni perlu diajar. Balqis cuba mengujinya dengan menyuruh potong bawang, tumbuk bawang dan basuh pinggang. nampak lah dia sedikit kekok tapi bila lama-lama ada perubahan. Jenis Balqis tidak suka kepada bersepah-sepah atau tidak kemas tidak kira sama ada buku atau kain baju.... di sini Balqis mengajar anak-anak saudara Balqis simpan balik barang di ambil ke tempat asal setelah bermain... dan perkataan yang paling patang Balqis degar dari kanak-kanak adalah "tunggu sekejap nanti akan buat mak su". Sebab Balqis tahu anak saudara Balqis tak akan buat kerja tuuuu.....

TapI, Balqis suka dengan Aina ni sebab dia petah berkata. sesiapa yang datang ke rumah Balqis terutama kawan-kawan Balqis, si Ainaa ni banyak cakap. Ada je dia nak tanya soalan......

sudah semestinya, Balqis suka sangat soal sifir kepada si Aina ni... sebab Balqis tahu dia lemah matametik.. selagi tak ingat selagi tu Balqis suruh hafal... memang betul2 dera..hehehehehe...

pantang msg atau telefon berbunyi dia lah orang pertama yang akan angkat phone.. Balqis selalu bergaduh dengan dia atau berebut dengan nya kalau telefon berbunyi....cam kanak-kanak pula rasa.....
pada suatu hari dia tanya kepada Balqis """mak su tak ada pak we ke?"
dah mula lah tu pertanyaan yang bukan-bukan....
ish, kecil2 dah pandai budak sekarang, entah apa yang di masuknye pak we...........

percaya atau tidak, Si Ainaa ni hampir sama dengan tinggi  dengan Balqis...uis, baru dajah empat..... rupa-rupa Balqis rasa rendah bila duk sebelah dia...pastu mula cari selipar yang tinggi bila nak berjalan bersamanya...

kadang-kadang, bila Balqis merajuk dengannya..Balqis mula tak bercakap..... tapi dia pandai memujuk.....

ainaa, mak su rindu kat aina lah.........

No comments:

Post a Comment