Sunday, March 4, 2012

AKU + DIA DAN ANAK SAUDARAKU


Alhamdulilah, semalam baru je pulang ke kampung. Rasa terubat rindu kat keluarga dan anak-anak buah. Sesampainya aku kat umah terus je gaduh dengan anak-anak buahku. Bukan bergaduh sungguh-sungguh pun, gaduh manja-manjalah katakan. hahahahaaaaaaa...

Sekarang mereka dah besar panjang, cam-cam perangai anak saudaraku ni. Tambah-tambah aku balik dengan bakal pak su nya. makin jadi-jadi budak-budak ni kenakan aku. :-) pape pun aku tetap seronok jumpa anak saudaraku. tanpa mereka, sunyilah hari-hariku.

Bakal pak su nya pula pandai layan kerenah mereka, hot-hot aku kena panggang kat mereka semua...hahahaa....

Selepas makan tengah hari, aku ajak anak saudaraku keluar menemani aku ronda-ronda sekitar kuala terenggnu bersama si dia. mula-mula tak nak ikut, malu lah tu kat pak su nye .. last-last pergi gak selepas aku paksa mereka ikut aku..hahaha... jahat tak mak saudara buli anak saudara... :-P

aku terpikat cara dia melayan kerenah anak-anak saudaraku dan keluargaku... pe yang anak saudara aku nak, semua dia ikut...pe yang aku geram, mereka berpakat kenakan aku...mereka semua boleh makan, boleh bernyanyi,gelak, solat dan main sama-sama..suka aku tgk bila anak-anak saudaraku keluar dengan dia. enjoy je nampak...

time makan pulak, aku selalu memaksa anak-anak saudaraku makan sampai habis...aku selalu jadikan alasan "ok,lau tak makan habis, mak su tak balik sampai bila-bila". anak saudaraku pantang bila aku cakap cam tu, dia takut aku tak balik betul-betul jumpa mereka...padahal saje je nak tgk mereka....hahahaaaaaa...


 
aku sedih juga terpaksa pulang awal ke kelantan, tak puas lagi aku bersama si dia dan anak-anak saudaraku.lau tak disebabkan ada temuduga hari isnin ni, terus je aku tinggal di terengganu sehingga aku habis cuti...huhuhuhuuuuu.

No comments:

Post a Comment